JWANITA : Filem seram atau ganas ?

by - Isnin, September 28, 2015

 

Terus terang aku ke panggung kali ni untuk menonton filem seram ( tak kira luar atau dalam negara ) adalah kerana rakan blogger yang ajak ! Kalau tak , aku tak berminat nak tonton melainkan filem ZOMBIE ! Hehehe.. aku suka tengok filem survival gitu.. Kasi semangat untuk berjuang !

Ok.. selain dari tu , Maya Karin adalah faktor aku ke panggung ! Selepas  berjaya dengan beberapa filem kebelakangan ni , aku berjaya memaksa diri aku untuk menjejakkan kaki ke panggung , hanya untuk melihat lakonannya kali ni.Trailer , memang mengerikan. Aku pun terasa gerunnya ! Tertanya gak , apakah filem tu nanti sebagus trailernya ?

Dan.. masanya telah tiba ! Jam 2.30 petang semalam , aku dan 9 orang lagi rakan blogger #kelabbloggerbenashaari masuk ke panggung no7 di GSC Alamanda.

Filem bermula.. krik..krik.. semua menumpukan perhatian penuh pada pembunuhan demi pembunuhan ! Dan sesekali muncul hantu ! Ramai terkejut beruk termasuk aku walaupun aku dah jangka trick tu akan digunapakai ! Hehehe..

Lakonan Maya , aku tak leh persoalkan ! Memang best ! Tip top ! Tapi sayangnya , jalan ceritanya yang banyak boleh dijangka dan agak mengarut ! Tapi ok la kan .. ianya cuma sebuah filem jer !

image

Lakonan pelakon lain yang agak tak real tu sebenarnya banyak mematikan mood aku. Muka ‘tak takut nampak hantu’ ! Babak si Nona ( orang gaji berpakaian seksi tuu ) , dibunuh tu.. Tengok wajah si isteri dan anak anaknya yang menyaksikan kematian ngeri Nona.. Macam tengok lembu sedang dikorbankan jer ! Hurmm..

Skandal adalah penyebabnya ! Ni macam dah dijangka dah ! Dan beberapa babak lagi yang dah ‘boleh tangkap’ dan .. adeh.. Punya la sungguh si adik nak mati ketika jatuh dari tingkat atas tu.. tapi masuk punya semangat untuk berjuang ? Hurmm… hurm…

Ok la.. ianya sekadar filem jer ! Bagi aku , filem ni lebih pada filem pembunuhan jer.. Boleh la layan sebagai sokongan pada filem tempatan.. Sayangnya , kalau nak tengok untuk kali ke dua tu , tak mungkin kot ?

Tahniah buat Maya Karin atas lakonan mantap !

You May Also Like

5 comments

  1. sebab tu tk suka tgok cite hantu melayu,,,trailer je gempak,,biler tgok hampeh...

    BalasPadam
  2. la ye ker...
    baru nak pergi tgk hari ni..ahaha

    BalasPadam
  3. nak tgk gak.. suka maya karin berlakon

    BalasPadam
  4. takmo tengok cerita seram...takut lah

    BalasPadam
  5. saya dah tengok jugak...maya memang osem lah...tapi ade part2 yang tak logik lah

    BalasPadam