Semakin sebak !

 

Sehari lagi ! Ikutkan , esok aku hantar mereka ke Kelantan dan hari berikutnya aku pulang sendirian ke Kuala Lumpur. Huhuhuh.. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka. Kalau ikutkan , nak je usung semua tapi ni pergi atas dasar ‘kerjaya’ ..

image

Qhaliff dah Zahra.. keletah mereka memang semakin membuatkan aku tersenyum walaupun kadang kadang.. hurm.. selalu la buat aku jadi tarzan rimba ! Jiran mesti dah boring dengar suara aku ! Hahahaha .. Bukan suka jerit yer tapi diorang suka provoke aku ! Diorang tau aku sayangkan diorang.. tu pasal berani buat suka suka je kat aku .. Huhhh..

Zahra , semakin nakal.. Nakal sungguh laaa ! Tapi kenakalan dia memang buatkan orang tergelak. Mangsanya ? Abang dia.. kerap laa menyakat abang dia. Tapi sayang sungguh dia kat abang dia ! Suruh cium  dia.. dia cium. Suh cium aku , dia bagi pipi dia kat aku ! Huhhhhh.. pasni suh abang Qhaliff je tukar lampin ! Daddy tak nak.

Hurm.. Apa yang merisaukan aku , Qhaliff senantiasa cari aku sekarang ni . Nasib baik la nanti sepupu dia pun balik ke Kelantan sekali.. Jadi tak de la dia terasa kehilangan daddy dia.. Leh la daddy tenang di Osaka..

Semoga perpisahan ni memberikan pulangan yang berbaloi pada aku nanti !

8 ulasan:

  1. Moga qhaliff tak demam rindu daddy..

    BalasPadam
  2. abg Ben jangan lupa ole-ole tuk Yanie tau hihih

    BalasPadam
  3. Hahaha.. budak2 mmg suka provoke.. zizie pun kekadang jd tarzan gak jg anak sedara.. kalau dh ada kwn, insyaAllah ok tu..

    BalasPadam
  4. share share story bila di osaka soon yea :D

    BalasPadam
  5. Good luck beben! Semoga tak homesick. Huhu

    BalasPadam
  6. Osaka tuu....bestnya....nak p jugak laa...i hope.amin...

    BalasPadam
  7. Insyallah ada hasil "besar" menanti keluarga bro...

    Kipidap dongibab

    BalasPadam
  8. alah bisa, tegal biasa abg ben...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009