Singgah Makan : Restoran KST di Kota Bharu

 

Terus terang , aku memang akan pening kepala tiap kali mencari tempat makan yang sedap di Kelantan terutamanya di Kota Bharu ! Sememangnya terlalu banyak restoran atau gerai yang menyelerakan tetapi nak jumpa yang betul betul kena kat tekak tu , memang payah !

Malam tadi , mak mertua aku tunjuk satu restoran berhampiran dengan Wakaf Che Yeh… Betul betul bertentangan dengan Bank CIMB. Katanya ramai orang singgah makan situ.

Dan aku sekeluarga dari arah Kota Bharu menuju ke Kok Lanas , membuat keputusan untuk makan malam di situ. Sewaktu melintasi restoran KST, aku perhatikan ruangan serta kebersihan sekitar situ.. Hurmmm .. Ok , on !

Parking kereta dan.. Jom makan !! Hehehhe.. Tapi aku lebih teruja nak amik gambar kat situ.. Alhamdulillah , takde sapa nak larang aku amik gambar.. Segan ada gak tapi cekalkan je hati..

imageimage

Ikan bakar ! Fuhh.. Nak try pari laaa ..

imageimage

Ulam !!

imageimage

Kasi cicah sama budu tempoyak .. fuhhhh !

image

Ditambah dengan sotong goreng tepung , telur bungkus dan ABC..

image image

Tomyam dan .. ikan pari bakar aku siap dah ! Tak sempat dah nak amik gambar cun cun ! Terus makan !! Lapar wehhhh.. lapar !!

image

Sedap tak ? Terus terang ? Nak aku terus terang ke ? Serius  ?? Hahahaa.. Korang kena datang dan rasa sendiri ! Yang pasti , aku puashati dengan layanan pekerja di sini. Tak sombong dan pantas sekali..

Kena dengan tekak aku ! Harga pon ok ! Mampu bayar .. hehehe .. Alhamdulillah !

13 ulasan:

  1. syok nyerrr..harga berpatutan x?

    BalasPadam
  2. alahai..semua nampak sedap nih..

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Bila pi Kelantan nanti nak gi la... tapi bila kah?

    BalasPadam
  4. Kalau akak pergi kelantan agenda utama adalah makan-makan sebab di sana banyak tempat makan yg best2.

    BalasPadam
  5. Hye saya baru blogging! jemput singgah blog saya..

    http://kedinkyst.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Uishhh ikan bakar..hmm. hmm. sedap nih.... ish..sedap

    BalasPadam
  7. syok tengok ikan...tapi tak makan ikan.... :)

    BalasPadam
  8. ABC meriah..ulaman segar..mesti best ni..

    BalasPadam
  9. Terus rasa lapar laaa...dah la DLM bas lagi ni.....

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009