Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 Oktober 2015

Apa pentingnya boleh masuk air ??

 

Aku akan pulangkan semula Sony Xperia Z3+ yang aku pinjam selama beberapa minggu.. Aku rela pinjam dari beli sebab aku tahu akan keluar yang terkin dalam masa terdekat iaitu Sony Xperia Z5 !!

Buat masa ni aku dah ada Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Maka aku nak cuba Z3+ lak.. Ternyata Sony Xperia Z3+ punya kualiti gambar yang lebih ok dari Sony Xperia Z3 terutama bila dalam air ! Hehehhee..

Ada yang tanya , kenapa pentingnya dalam air ???

image

Hahahaa… Takkan hari hari nak amik gambar dalam kolam air kot ??? Kan ? Atau takkan hari hari nak amik gambar dalam tandas ??? Ke tiap kali mandi bawak masuk telefon dalam tandas ? Haa.. mesti ada skandal niii !! Kan ?

image

Hurmm.. pengalaman mengajar aku ! Ada 2 kali tu , aku tergelincir jatuh di dlm tandas ! Nasib baik boleh bangun.. Bayangkan jika tak boleh bangun ??? Nak dijadikan cerita.. ada sorang kawan aku ni , terjadi kes cam aku. Dan dia bernasib baik dia bawak masuk sama telefon ke dalam tandas waktu tu.. Dia tak boleh bangun sama sekali ! Dia call kawan dia , dan kawan dia datang membantu ! Bayangkan kalau takde telefon di tangan dia masa tu ! Hurmm..

Dan teringat kes di mana Qhaliff memasukkan telefon Nokia Lumia mak dia yang baru guna seminggu ke dalam bekas yang berisi air ! Terus kong ! Hahahahaha.. Sejak tu , Sony Xperia jadi pilihan aku !

Tak sabar nak tunggu Sony Xperia Z5 keluar minggu depan di Malaysia.. Moga lebih bagus dari sebelum ni.. Kalu tak bagus , aku akan amik Sony Xperia Z3+ ! Gambar memang superb laaa , bagi aku !

10 komen :

Juls Julie80 berkata... [Reply to comment]

Mmg penting blh masuk air..pengalaman pertama thn 2009 klu x silap..hp jatuh dlm toilet..masa tu emergency nak tercherry berry...x perasan hp dlm poket...menangis x berlagu tgk hp tu buat penerjunan berirama dlm toilet..jenis cangkung lak tuu...rip..perginya takkan kembali bersama memori gmbr2 family dlm tu..sobs...sob..sobssss

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Situasi tak terdugakan..yang mana boleh sedia awal..buat persediaan dan peringatan..

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Bestnya..:)

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

wuu.. ohsem

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

memang ciri penting boleh masuk air ni

Nugrul Sakura berkata... [Reply to comment]

Ternyata Sony Xperia Z3+ punya kualiti gambar yang lebih ok dari Sony Xperia Z3+ ...???

Yana Libra berkata... [Reply to comment]

kalau ada anak ni mmg eloklah amik yg camtu kan..hehe

sesegar berkata... [Reply to comment]

apa maksud ayat ni? "Ternyata Sony Xperia Z3+ punya kualiti gambar yang lebih ok dari Sony Xperia Z3+"

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

mungin nak dapatkan model ni juga atas kenyataan yg en ben berikan itu...

ordinary wawa berkata... [Reply to comment]

Kelebihan lain, boleh selfie dalam air. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI