Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 25 Oktober 2015

Bila nak guna lif di shopping mall !

 

Perancangan awal hari ni nak ke Taman Wetland di Putrajaya. Nak g tengok aquarium yang viral di Facebook kebelakangan ni..Tapi bila sampai situ , kereta bersepah ! Parking sampai terlajak laris ..  Aku tanya wife aku.. camana ? Dia suh aku datang je nanti ngan Qhaliff . Waktu orang kerja ! Hehehehe…

Dan terus ke IOI MALL Putrajaya sebab dah dekat. 7 minit dari situ. Pon sama gak.. Penuh orang tapi parking banyak lagi kosong.. Bila penuh gini , aku tak suka sebab aku guna stroller untuk anak aku. Sorang dukung sorang dalam stroller.

Kenapa aku tak suka ??? Di IOI Mall , mereka yang guna stroller kena guna lif ! Tak boleh guna ekslator ! Tak seperti di Alamanda . Ada ekslator yang mesra stroller mahupun troli ! Sebab tu I LOVE ALAMANDA ! Cuma di Alamanda aku benci part mereka yang suka parking kat tepi jalan ! Tu yang nak g tengok wayang tuuu.. Malas nak parking di tempat yang sepatutnya. Nak jimat tapi tengok wayang ! Aparaaa.. Beli dvd pirate la kalau nak jimat !

Ok… Sambung.. Kenapa tak leh guna ekslator ??

image

Nak tak nak , kena guna gak lif ! Dan di lif pulak , ada isu lain ! Isu ramai manusia yang tak tau mana satu yang patut didahulukan !

image

image

Yang dok menunggu lif ni , kebanyakkan orang muda.. yang bujang., yang sedang asyik bercinta.. Yang guna stroller ni , jangan cakap la.. Ramai laaa ! Dah kami tak leh guna ekslator.. Nak tak nak kena guna lif ! Terpaksa berebut dengan insan insan yang sihat sejahtera ni !

Bayangkan aku dok dukung Zahra dan kekadang tukar dengan Qhaliff yang dah kepenatan dan mengantuk ! Sambil tunggu lif ! Lama okkkk ! Bukan seminit dua . Lebih 15 minit la jugakkk ..

Ikut hati aku.. nak je aku sound  kat situ tapi memikirkan rakyat Malaysia ni dah semakin payah nak ditegur , maka aku plan nak maki hamun dalam entri aku ni tapi sabar.. Ramai baca ni ! Bawak bawak tahan mulut ! Serius aku pelik laaa .. Majoriti yang guna lif tu adalah bangsa yang dikatakan penuh dengan budi pekerti ! Ada yang bagus , tapi jumlahnya dah boleh dikategorikan dah nak pupus !

Yang aku sakit mata ni , spesis yang berkapel dan berebut jugak guna lif ! Kalau aku laaaa.. baik guna ekslator ! Baru best jenjalan ! Ingat ingat la .. korang pn akan kawin dan akan ada anak.. Fikir la skit yer !

Aku rasa.. aku tak nak g dah IOI Mall Putrajaya. SERIK ! Teringat aku naik lif di Jepun baru baru ni.. Yang tua diutamakan.. Hurmm.. Di Malaysia , lantak laaaa.. Janji aku lepas ! Bukan semua.. tapi segelintir je yang ingat orang lain !

16 komen :

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

Betul. I pun sama kena naik lif sebab ada anak guna stroller. Dah la...lifnya sikit.

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

Kalau fida.fida suka naik escalator. Dlm lift mcm2 bau ada.kan.kan.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Bukan menggunakan lif je..kadang beratur dikaunter pun gitu..nampak atok tua bertongkat pun slumber je..atok tu geleng geleng kepala..tengok drama romantik seram live..

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Kalau irra kena pon memang serik la...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Sikap pentingkan diri sendiri ada kat mana2 di Malaysia..sakit hati je..huhu..

Juls Julie80 berkata... [Reply to comment]

saya perasan satu..kalo lif kat IOI tu mmg agak lama sikit menunggunya.... tau2 dah penuh...huhuu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Sentimen anak muda sendiri pernah cakap, saya tak kahwin lagi mana saya tahu, tak perlu saya masuk campur, hmmmmmmmm kengkadang ben terasa jugak peel dak2 muda yang terlampau annoying ni, boleh plak cakap macam tu, adalah species tu apa ju cakap nanti ko kahwin ko tau lah perasaan mak bapak bawa anak ada stroller ni hmmm...lagi satu, pesen konker lif naik sorang, dah nampak kami ni dari jauh kendong anak time tu tak bawa stroller boleh plak berlumba tutup lif cepat2...huwaaaaaaa time tu makiannnnnnnnnn di luar berdas das...huhhhhhhhh

may berkata... [Reply to comment]

Kat IOI City Putrajaya ada travelator. Boleh turun sampai B3.

may berkata... [Reply to comment]

Kat IOI City Putrajaya ada travelator. Bole turun sampai B3.

Yana Libra berkata... [Reply to comment]

jalan alamanda je la sng..uhu

PuteraOhtraBulan berkata... [Reply to comment]

Masyarakat kita memang dah parah dengan adab budi pekerti.Lagi-lagi budak2x muda zaman ini.Payah betul untuk mendidik kita ada pemikiran kelas pertama.

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

adeh..truk rakyat kita ni..


susah la nak maju..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

yup..betul tu. orang sekarang makin susah di tegur. Kadang kita tegur tu orang muda, di buatnya kita ni macam budak-budak. Hmm.

Ema Johari berkata... [Reply to comment]

baru plan nak gie...cancellah kalau camni..

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

sakit pula hati kita yang sedang membaca ni. Kalau dapat kat Anim, memang terkeluar juga ayat-ayat laser kat diaorang tu...haihhh

Bella Idura berkata... [Reply to comment]

Geram je baca. Memang sekarang ni zaman susah nk tegur. Tak hormat orang. Tegur kang kata kita cari gaduh. Pernah member tegur kereta kat depan brek mengejut. Pemandu tu keluar kete terus hentak guna stereng lock. Giler. Tegur bebaik pun kena.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI