Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 30 Oktober 2015

Bila VAPE tidak haram !

 

Aku mampu geleng kepala jer..

image

Sambil memikirkan apa yang hendak aku jawab jika satu hari nanti akan ada anak kecil mula persoalkan kenapa mereka tak boleh hisap vape sedangkan ianya tidak merbahaya!

Dengan masalah pergaulan di sekolah.. dengan kesibukan ibu bapa mencari duit untuk membayar cukai cukai di negara ini.. Apalah nasib anak cucu kita nanti ?

Kalau benar vape untuk hilangkan ketagihan terhadap rokok , kenapa mereka yang tidak merokok pon hisap vape ? Kenapa siap perlu ada komuniti atau kelab ?

Samada rokok atau vape, aku tak suka baunya. Walaupun vape dikatakan wap air je, tp ianya tetap keluar dr paru paru dan mulut serta hidung seseorg. Wajarkah ianya 'diberi' pada org lain?

Kalaulah vaper lebih berdisiplin yakni menghisap di tempat yg tertutup dan dikhaskan , aku yg tak hisap rokok serta vape ni, tak kisah pasal isu vape ni..

Soal halal haram di sudut undang undang kerajaan.. Bg aku ianya patut dikenakan cukai. Adil bg semua org. Kalau vape tak dikenakan cukai, aku nak gym serta suppliment kesihatan tak dikenakan cukai juga. Begitu juga dengan pakaian harian, serta makanan. Dikecualikan dr cukai. Oh ya.. Internet pon dikecualikan dr cukai. Semua ni memberikan kebaikan pada aku dan rakyat yang lain.

Wajah anak anak mula terbayang .. Hurm… Apa aku nak buat jika mereka yang aku kenali hisap vape walhal mereka tidak merokok sama sekali ! 

14 komen :

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

vape mahal..Bil elektrik pun mesti mahal..sebab kena cas..La ni..tengok perempuan bertudung pun selamber je hisap vape..memang la tgk kat timur sana..perempuan hisap vape gak..tapi kalau ikut budaya kemelayuan kita..tak manisla..

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

Sedih, marah dan risau.
Anak-anak Mrs. A excited dan penuh minat sangat dengan vape ini, sebabnya bapak-bapak sedara depa kaki vape. Dah pernah sound kat bapak-bapak sedara tu kalau nak menvape jangan depan bebudak nih! tapi tak tapi tak jalan jugak siap boleh cerita lagi dengan anak-anak sedara tu. Bapak-bapak sedara nih! tula pasal nak marah lebih-lebih pun susah dah tua la katakan ana-anak masing-masing pun ada. Memang tak boleh jadi contoh.

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

sokongg!")

Fatihah Fazlin berkata... [Reply to comment]

Haram atau tak, saya tetap tak sokong penggunaan vape ni! Benda bukan murah, ada perkongsian dari kawan kepada...si suami sampai sanggup jual barang kemas nak beli vape berserta dengan alat2 lain.

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

Xleh nk kata ape org yg ktgih rokok atau vape..

Hrap2 timbul ksdaran utk berhenti..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Ralat sangat..tersangat..sedihnya..Allahu..tak terluah.

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

Vape mahal tp x bahaya macam merokok...x tau la nak cakap macam mana..tp biasanya sesapa yang nak berhenti merokok slowly akan consume vape dulu..then lama-lama diorang berhenti merokok..itu yang SA nampak la di sekeliling SA...

Ahsan Nur Mubarak Annuar berkata... [Reply to comment]

Satu lagi cabaran dunia akhir zaman.. vape. Dah banyak sangat dugaan (fitnah dajjal) akhir zaman yang tak tertanggung.. Datang lagi satu cabaran baru..vape. Rokok bertahun baru diketahui bahaya dia.. Vape, mungkin zaman anak kita dah besar baru tahu kesan sampingan dia. Mungkin asapnya tak sama dengan asap rokok.. dikatakan wap air.. tapi tidak mustahil akan ada chemical lain di dalam wap air vape itu selain nikotin.. Chemical yang masih belum diisytiharkan bahaya seperti chemical dalam kosmetik, ubat-ubatan dan makanan, yang sekarang baru diketahui kesannya terhadap kesihatan, punca kanser, strok dan sebagainya. Kenapa perlu dihisap vape? Kononnya untuk perokok berhenti merokok... tapi kesan nikotin tetap ade..berkurang? itu tidak pasti.. yang pasti kesan vape tak sama seperti sticker nikotin dan chewing gum nikotin.. Ada persoalkan kenapa vape diharamkan sedangkan rokok tidak.. Sebenarnya rokok dah lama diHARAMkan tapi masyarakat yang buat pekak badak.. Kerajaan kekalkan penjualan atas dasar dapat hasil cukai dan faktor-faktor lain. Bergantung atas diri kita sendiri untuk tidak membelinya... Dari isu vape, aku mengerti, keadaan sosial masyarakat Malaysia... Senang digoda dan disuap dengan benda lagha.. Risau akan keadaan anak-anak nanti.. Semoga teguh iman untuk keluargaku dari godaan dunia yang sia-sia ini.

eyjalukman berkata... [Reply to comment]

huuu menangis tgk cmni, vape tu dah la serabut je bnyk2 asap. kn lg baik brhenti sbg alternatif. blek pd diri sndiri smula nk selesaikn cmna ketagihan tu.

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Inilah kehidupan yg penuh cabaran. Vape ni alat elektronik alat ganti hisap rokok tu kan Bro Ben!. Alhamdulillah terlerai beku di dada..moga ada pihak berkuasa yang membaca dan beri kelonggaran hal cukai...

ShaZlan berkata... [Reply to comment]

Hanya yg berkeluarga dan punya anak2 kecil je yg faham permasalahan berkaitan isu merokok atau vape ni. Kita tak kisahkan para pengguna tegar tu semua tak hiraukan kesihatan jangka pendek atau jangka panjang diorg, lantaklah merekalah! Cuma isu pentingnya disini, diorg AKAN PERNAH FAHAM buluh yg dilentur akan bermula dari rebung. Jadi yg bermasalah disini, para ibubapa yg punya anak2 membesar, yg mana mereka punya rasa ingin tahu, ingin cuba... Dan bila semakin ramai yg terjebak, mula katakan ibubapa tak pandai memainkan peranan mendidik anak pula!

Pd pendapat saya, sememangnya WAJAR diharamkan penggunaannya di tempat awam!

Jue Amzura berkata... [Reply to comment]

Macam mana la tiba2 pulak boleh jadi halalkan... nasib baik dalam family xde yang suka asap..

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

Duit oh duit.

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Semuanya kerana duit. Kasihan kat anak bangsa kita.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI