Dan GATSBY jadi pilihan aku..

by - Khamis, Oktober 29, 2015

 

Macam macam dah aku cuba gel rambut yang sesuai dengan aku. Hurmm… Kalau zaman usia 20 an ok la kan ? Dengan style pacak pacak gituu.. Tapi ni nak masuk dah 40 ! Fuhhh.. terasa tua dah ! Tapi muka tak gitu kan ? Muda je nampak ? Apakah rahsianya ??? Tu kena buat entri lain.. hehehe..

image

Aku tercari cari gel rambut yang sesuai dengan aku.. Brylcream ?? Oh noooo…noo ! Aku serik pakai ! Zaman sekolah dulu pakai , muka abis berminyak.. Berjerawat jadinya ! Hurmm..

Aku dah cuba bermacam macam dan akhirnya , aku mencuba sesuatu yang baru ! Masa tu di Korea , blogger BeautifulNara yang sebilik dengan aku membeli gel rambut yang aku tak pernah terpikir langsung nak pakai !  GATSBY !

image

Dan ianya amat sesuai sekali dengan aku. Nampak lebih kemas dan kacak ! Hahahaha..

Satu kesilapan aku , aku tak beli stok ! Bila dah abis , tercari cari aku kat sini… Payah jugak nak jumpa.. Hurmm..

image

Tengok gambar di atas.. Kan ? Nampak lebih sesuai dengan usia aku.. Nampak ‘jarang’ rambut aku kata mereka bila aku pakai gel rambut yang kelihatan basah dan melekit tu.. hurmm ..

Tapi bukan semua gel rambut Gatsby sesuai dengan aku. Hanya yang macam ‘cream’ je sesuai dengan aku. Dan aku jumpa akhirnya di AEON , semalam.. Memang best !

image

StylingClay tuuu.. tu je yang sesuai dengan aku .. Tapi harganya ? Perghhhh.. Kena berjimat jimat la pakai ! Bila gi event atau keluar dating ngan wife la kot sesuai pakai.. hehehe..

You May Also Like

7 comments

  1. hubby anim pun dok mencari minyak rambut jugak, sebelum ni pakai gel tapi dia membebel berminyak la, rambut tak menjadi la hahaha. Nanti nak suggest kat dia Gatsby ni ... mana tau pakai ni lagi segak! hehe

    BalasPadam
  2. Suami julia pun tak lut pakai brylcream, gatai kepala, now dia pakai apa lupa dah Gatsby pernah tgk nanti nak cuba hadiahkan kt suamilah gatsby hehhe

    BalasPadam
  3. Memang orang lelaki kena pilih minyak rambut yang sesuai dengan rambut masing-masing.Kita sama bro. Guba jenama Gatsby.Dulu dekat sekolah guna Tencho.

    BalasPadam
  4. Memang terpacaklah rambut Abang Ben pakai. Boleh suggest kat boyfriend nanti. Kalau pakai untuk diri sendiri lain pulak jadinya. Heheh.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    BalasPadam