GST satu kejayaan membanggakan , kah ?

 

Hurm… Ketuk dahi aku hari ni.. Servis kereta kena RM500++. Pada awalnya , cuma RM300++ termasuk GST ! Kemudian aku diberitahu ada satu kerosakan pada bahagian absorber dan perlu diganti. Segalanya terpulang pada aku , samada nak ganti atau tidak. Memandangkan kereta aku digunakan 24 jam , 7 hari seminggu dan itulah saja kereta yang aku ada serta digunakan oleh kami , suami isteri.. aku redha jer la ! Dan barang tersebut dinilaikan termasuk dengan GST. Haihhh…

Dan petang tadi , beli barang dapur. Wife kata nak murah.. tunggu 28hb dan beli di AEON. Amik barang dapur dan juga sedikit barang untuk anak anak. Aku tak amik barang aku seperti dulu dulu.. dulu dulu sebelum GST bermula ! Dan jumlahnya termasuk GST , RM300++ . Pembelian barang dapur ini tidah melibatkan wang BR1M ! Aku tak layak terima walaupun aku tak bekerja.. Camana tu ? Hahaha..

Senyum je la.. Hulur kad ATM pada wife.. Sememangnya ini adalah ‘bahagian’ aku. Menyediakan bahan keperluan harian pada keluarga..

Melihat pada troli , apakah cukup untuk sebulan ? Jawapannya.. tentulah tidak !

image

Apakah perlu aku membeli barangan yang perlu saja ? Terpaksa melihat saja mereka yang berkemampuan , makan sedap sedap ? Yer..kalau mampu apa salahnya ? Terus terang , sebelum ni mampu sangat tapi selepas GST dilaksanakan , ternyata banyak barang barang yang selalu ada di dalam peti ais aku , dah tak da ! Terpaksa fikir banyak kali untuk membelinya ! Hurmm..

Inikah yang diinginkan oleh mereka ? Melihat rakyat mereka telan air liur ? Sebulan sekali je rasa walhal mereka..

Semoga Allah memberkati rakyat Malaysia dan terus memberikan kesabaran hingga PRU akan datang.. Yer , kita tentukan di Pilihanraya Umum nanti… ikut lunas undang undang.. kan ?

4 ulasan:

  1. 'Sejahtera' rakyat katanya... Sabarlah menanti PRU, kita ubah. Hehe ^-^

    BalasPadam
  2. Banyak yang perlu hanya dipandang dan disimpan dalam hati..berbanding diluah dan dimiliki..

    BalasPadam
  3. Ye... kita tunggu PRU nanti. Tak sabar tangan dah gatai dah ni hahaha

    BalasPadam
  4. tunggu saat jari diwarnakan biru....huhu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009