Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 Oktober 2015

Ke di Osaka , Japan bersama AIR ASIA X

 

12106942_1105949759428659_1047441710

Ini penerbangan pertama aku bersama Air Asia X. Terus terang aku bagiitau korang , dulu aku memang tak berminat nak terbang jauh bersama Air Asia X. Pernah terbang sekali dulu tetapi tu bukan penerbangan komersial. Dari Toulouse , Perancis ke KLIA 2. Tu penerbangan lain.. Hehehe.. Kenangan indah tu..

Ok.. Aku nekad nak mencuba sesuatu yang baru. Ramai dah melakukannya dan ok je ?? Kalau diorang boleh , takkan aku tak boleh lak kan ? Haaaa.. Ni masanya aku nak merasai pengalaman baru.

Penerbangan ke Osaka , mengambil masa 6 jam 25 minit. Satu jangka masa yang agak lama. Sebelum tu , korang kena tau yang Air Asia ni adalah penerbangan tambang murah. Jadi , jangan la mengharap seperti naik kapal terbang yang dibayar mahal harga tiketnya. Kena la dibuat dengan nilai berpatutan.. kan ? Hehehe..  aku dulu pikir gitu gak… dah rasa sekali , baru tau camana..

Penerbangan ke Osaka-Kansai , Jepun melalui AIR ASIA X ada hampir setiap hari . Sila periksa jadual di SINI untuk bulan Oktober 2015.

jdual_thumb5

Ok..Untuk penerbangan aku hari tu ke Osaka hari tu , flight hari Isnin , jam 3 petang tetapi aku dah berada di KLIA2 , jam 11 pagi lagi ! Kenapa awal ? Fuhh.. Nak check ngan imigresen , kastam lagi.. pastu nak bergerak ke balai berlepas lagi.. sebaiknya biar awal ! Jangan sesekali minit terakhir !! Amat merbahayakan untuk kesihatan terutama jantung anda ! Kalau dah tau ada penerbangan hari tu, sebaiknya bersedia lebih awal. Macam aku sendiri ari tu , walaupun dah sampai awal tetapi tetap juga kelam kabut.. Haa.. Maklumlah , baru lagi. Nasib baik ada yang berpengalaman berurusan dengan Air Asia , maka senang la skit ..

12107869_1105949606095341_4393733257

12079621_1105949459428689_1322694670[1]

Tepat jam 3 petang , AirBus A330 – 300 D7 534 berlepas ke Osaka , Jepun. Dan aku melalui saat saat cemas seketika.. Hehehe.. Kapal terbang terpaksa mengharungi jerubu ! Bergegar gegar dibuatnya, Dan aku memang respek juruterbang muda Air Asia .. memang diorang cool ! Segalanya kembali tenang selepas 10 minit dan aku dihidangkan makanan .. huhu ..

12144653_1105927712764197_7706779330[1]

Sedap ! Walaupun tak banyak tapi bagi aku , memadai untuk alas perut hingga sampai ke Osaka. Kang banyak banyak pulak , sakit perut ! Haaa.. Lagi nayaaa…

Aku nasihatkan , sediakan beberapa movie dalam telefon pintar atau nak lagi gempak , guna tab ! Hahahaha.. pastinya penerbangan berjam lamanya tidak terasa langsung ! Atau malas nak layan movie , layan je lagu mp3.. Macam aku hari tu.. aku layan mp3 Al-Quran sebab tetiba jadi panik gara gara gegaran tu walhal sebelum ni ok jer.. Aku rasa sebab aku duduk bahagian tengah.. Biasanya aku akan duduk sebelah tingkap.. Belah tingkap , nampak dunia sikit.. tak la rasa cuak..

Penerbangan lancar hingga kapal mendarat di Kansai International Airport , jam 1030 malam ..waktu Jepun. Untuk pengetahuan , Jepun berada sejam lebih awal berbanding Malaysia. Bermakna , di Malaysia baru jam 930 malam.

Selama 4 hari 3 malam berada di Osaka. Satu pengalaman yang baru buat aku dan rakan rakan lain. Antara tempat tempat menarik yang berjaya aku lawati dalam masa sesingkat itu ialah Universal Studio Japan , Umeda Sky Building , Osaka Museum of Housing and Living , Osaka Castle , Tutenkaku Tower dan Tombori River. Jadual memang padat hingga tak sempat nak membeli belah barangan cenderahati untuk kawan kawan di Malaysia. Tapi kena paham la.. ni bukan gi jenjalan makan angin ! Huhuhuh.. Kerja woooo ! Kerja !

Tiba masa untuk pulang selepas menimba pengalaman singkat di negara orang namun membawa pulang sejuta kenangan serta pengajaran dalam diri yang berguna buat rakan rakan serta diri sendiri ! 

Check out jam 730 pagi selepas breakfast di Hotel Sheraton Kobe , bas dijadualkan tiba jam 745 dan kami terlepas bas tersebut ! 30 saat terlewat ! Bas memang ikut jadual ! Dan terpaksa tunggu bas lain yang tiba jam 815 pagi ! Haaa.. amik kau ! Sapa suh tak ikut jadual !

Dari hotel ke airport , masa yang diambil dalam 40 minit. Sempat tidur ! Heheheh.. Sampai je , terus segerakan urusan dokumentasi. Hurmm..

12109308_1106114892745479_1140338212088260996_n_thumb[6]

12065480_1105927669430868_8009343143

12141571_1105927686097533_2510360093

12079253_1105927616097540_8345721748

Alhamdulillah.. satu penerbangan yang cukup lancar. Membelah langit biru .. awan memutih ! Lama tak nampak langit biru dan awan semasa di Kuala Lumpur.. Jerubu kan  ? Hehehehe…

Sambil tengok langit , sambil makan nasi dagang ! Menu baru dalam kapal terbang Air Asia. Cuba la nanti .. heee..

12074590_1105951469428488_6946331705

Jam 4.40 petang , kami semua selamat mendarat di KLIA2. Juruterbang dan pembantunya telah melakukan kerja dengan cukup baik sekali ! Terbaik !!

Amik luggage aku dan terus ke ERL Transit. Mudah sangat dari KLIA2 ni.. Dulu ingat payah benar.. hehehe… Dan jam 6 petang , aku tiba di Putrajaya.. Wife jemput aku di situ dan terus ke Cheras. Masa untuk jumpa anak anak pulak !

Nanti aku cerita lebih lanjut mengenai tempat tempat yang aku pergi tu.. Kalau nak cerita dalam satu entri ni terus , panjanggggg laaa wooo ! Jadi macam novel lak nanti.. Heeheh..

Dan nekad untuk kembali lagi ke Osaka bersama keluarga tercinta.

Alhamdulillah..satu ‘percutian sambil bekerja ‘ yang menyeronokkan ! Terima kasih AIR ASIA X dan UNIVERSAL STUDIO JAPAN !

17 komen :

Hafiz Rahim berkata... [Reply to comment]

Nak g jepun gak... T_T

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..selamat pergi dan kembali.input yang diperolehi dikongsi..moga bermanfaat juga buat rakan rakan..

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Subahanallah seketika bagaikan terikut Ben di awan nan biru ..damai ja..nampak birunya awan..

vandergood berkata... [Reply to comment]

Bestnya bercuti sambil bekerja. Tak sabar nak baca entri seterusnya. :)

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

ikut japanes style, masa kena tepati.. dah kenal sejak dulu lagi. Nak juga gi jepun nt sponsor.

Putera Helmei berkata... [Reply to comment]

Nak g jepun juga.. klu sapa tahu, dlm tgh bulan 12, jepun musim apa ya...

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

lengkap...macam sama2 gi travel.....ehehehe

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Share info abg ben..sonok baca..mcm joint skali trip abg ben ni.. :D

sohoque Ismail berkata... [Reply to comment]

Sejak nasi dagang diperkenalkan aku x naik lg air asia. Bila air asia nak jemput lg ni...

Cr. Siti Hazreen Shahrom berkata... [Reply to comment]

alahai...bestnya bekerja sambil berjalan-jalan, seronok betul kan? tak stress!

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Beli pengalaman, pasti tak mengecewakan, pulangan lumayan sehingga ke akhir hayat. Good job ben!

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

siyesly jeles..Jepun antara wishlist SA...entah bila termakbul x tau la...hehehe....

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Saya paling tak suka waktu kapal terbang berlepas dengan mendarat. Menyeramkan! Huhuhu.

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

@Hafiz Rahim Nak g jepun gak... T_T

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

nengok nasi dagang yg tak tahan tu...walaubagaimanapun bagus juga ada airasia sbb tambang murah?

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Tak sabar nak baca sambungan nya nih

Rozita berkata... [Reply to comment]

gi mana2 mesti terasa nak bawak family kan ben?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI