Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 10 Oktober 2015

Payahnya mengembirakan si anak..

 

Bila si ayah berjalan jauh , dalam kepala hanya anak anak dalam kepalanya. Apakah yang hendak dibelikan untuk mereka kali ni ? Hurm… Si ibu dah berpesan jangan belikan mainan ! Hurmm.. Serba salah dibuatnya..

Ketika melihat ramai orang mengusungnya , takkan aku  tak nak beli untuk anak aku sendiri ??? Lalu memandang pada rakan di sebelah..

“ Kang beli.. kat rumah tak sampai 5 minit , dah tersadai atas lantai.. “

“ Tau tak pee. “. Jawapan si rakan..

Serba salah..  Nak beli ke tak ? Akhirnya demi untuk melihat wajah anak tesenyum girang ketika melihat ayahnya pulang setelah berhari tak nampak muka , aku nekad untuk beratur panjang walhal aku cukup tak suka beratur panjang.. Hurmm.. Nasib baik kali ni beratur panjang di Jepun. Sesuatu yang aku tak pernah lagi buat ! Kiranya ni sejarah la kan ? Hahahaha ..

Dan akhirnya ! Ni pon aku gi beli curik curik tau ! Padahal aku kena standby untuk amik gambar show Minions… Show ni lak yang terakhir ari ni.. maka tak leh terlepas untuk amik gambar sebab nak kena cerita dalam blog.

image

Selepas aku upload gambar ni , ramai la kawan kawan mintak belikan. Maafkan la saya.. Bayangkan size tu.. besar nak diusung hingga ke malam hari ! Camana nak bawak pegang sementara menanti hari malam ? Huhuhu.. Dah la tu .. setiap satu berharga lebih RM100 ! Nak beli banyak banyak.. silap ari bulan ada yang pecah atau hilang , acaner ? Adehh..

Sampai di rumah.. bagi kat anak anak.. Tak sampai sejam , dah bersepah atas lantai..

image

Hurm.. Agaknya , macam ni gak kot perasaan bapak aku satu tika dulu tapi aku tetap beli jugak mainan walaupun tau apa akan terjadi.. Hurm… Aku tak nak dia berebut mainan dengan anak orang lain .. tapi tu la jugak selalu terjadi.. Huhuhuh..

4 komen :

Naurah Nawwarah berkata... [Reply to comment]

Alahaiii abg ben... biasalah tu anak kecik.. nak2 kalau anak prempuan yg manyak ngongeh.. mcm sy dulu. ahah !

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Kasih seorang ayah..sanggup beratur panjang demi anak-anak..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

hehehe..anak-anak seronok kejap je. Lepas tu minta yang baru. Hehehe

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Gigih..tak apa..sekurang kurangnya nanti anak anak akan faham mereka sentiasa diingati..dan 1 masa kelak mereka akan lakukan perkara yang sama..ingat mak ayah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI