Setengah jam bersama Dr. Rubiah

by - Rabu, Oktober 14, 2015

 

Jam 10.20 pagi , aku dah sampai Wisma Angkasapuri. Aku diminta berada di sana jam 10.45 pagi.  Aku sampai awal.. tapi tak pe.. baik awal dari lambat ! Memang bila melibatkan temu bual di tv , aku akan pergi awal. Aku akan ada masa untuk rileks dan bertenang. Dan pengalaman aku beberapa kali muncul di tv , membantu aku. Aku ok hari ni ! Hehehhee…

Daftar di pejabat keselamatan , pastu pandu masuk ke dalam dan cari parking. Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan aku pagi ni. Ada parking dan berada di tempat yang selamat..

Kemudian ke Wisma TV.. dan mesej penerbit  Feminin. Tak lama kemudian , aku dijemput staffnya dan ke bilik mekap. Semua dan peramah aku berada dalam keadaan cukup selesa sekali. Teringat aku datang untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia satu tika dulu.. Sememangnya kakitangan RTM di sini peramah belaka..

Ok.. Selesai mekap.. aku dibawa ke bilik menunggu. Sedang leka berbalas whatsapp tiba tiba terdengar suara orang berborak. Aku berpaling dan nampak seorang lagi panel baru sampai. Aku segan nak menegur dan sekadar memerhati dari jauh.

image

Hurm.. orangnya sangat merendah diri..lembut dan berperwatakan menarik ! Jauh sungguh dia dengan aku. Aku jadi sangat segan dengannya. Dan aku terus memerhati.. Gayanya , cara bercakap dan ternyata dia seorang yang cukup berilmu dan berpengalaman..

Orang yang aku maksudkan ialah Dr. Rubiah Kulup Hamzah.. Pakar Motivasi dan juga seorang ahli agama..

Berpeluh nak duduk sebelah dia ..

image

Sementara menanti jam 1130 pagi , aku sempat berbual dengannya. Ternyata apa yang disampaikan pada aku walaupun sekadar santai , tepat tepat kena kat muka aku ! Terasa keinsafan dan satu kesedaran pada diri aku yang mana kekadang aku terlupa juga..

NIAT !

Yer.. Itulah yang dia tekankan pada aku. NIAT perlu betul. Niat ketika nak menulis.. ketika nak membaca ! Perlu betul dan hendaklah kerana Allah.. Dan jangan lupa berdoa sebelum dan selepas melakukannya ! Fuhh…

image

Dan jam menunjukkan 1130. Siaran langsung Feminin dari RTM1 dan aku menjadi tetamu undangannya kali ni. Sokongan dari rakan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang tak putus putus merakam dan mengambil gambar melalui televsion , sangat mengharukan aku.

Setengah jam di rancangan ni sebenarnya tak cukup sama sekali ! Dan ilmu yang aku dapat hari ni sangat bermakna buat aku ! Ingat , segalanya adalah kerana Allah. Jangan buat kerana manusia !! Buatlah kerana Allah dan inshaAllah akan ada keikhlasan di situ..

image

You May Also Like

5 comments

  1. yang penting niat. pastikan niat kerana Allah...insyaAllah


    jemput ziarah blog saya kalau ade kelapangan
    http://www.cikguzamrud.com/2015/10/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html

    BalasPadam
  2. seperti mana hidup dan mati kita kerana Allah..begitu juga setiah tindakan kita pastikan kerana Allah..

    BalasPadam
  3. Ya betul tu. Selalu juga mood menulis hilang. Tapi bila balik semula kenapa aku menulis? Untuk apa? Mood datang semula. Tahniah Ben, ke udara lagi :)

    BalasPadam
  4. semuanya bergantung pada niat! yey ben inspirasi saya! Tahniah teruskan menulis!

    BalasPadam
  5. niat tue penting,
    saya berniat jadi blogger sebab nak merakamkan kenangan hidup saya
    bagi menggantikan dairi yg biasanya kita tulis tangan shj.

    BalasPadam