Shopping pakaian di Mothercare KLCC

by - Khamis, Oktober 15, 2015

 

Sekejap je masa berlalu.. Tahu tahu , anak anak dah membesar bagai johan ! Bila anak anakya dah besar pasti akan timbul satu masalah.. PAKAIAN ! Hurm… Kena beli yang baru ! Dan pilihan wife aku pastinya di MOTHERCARE. Aku pon suka membeli di situ sebenarnya. Selesa dan banyak pilihan.

Memandangkan semalam adalah cuti umum dan aku pun takde job atau event nak kena hadiri , rasanya sesuai dah ajak wife g KLCC. Tengah bulan begini , tak ramai orang nak membeli belah , kan ? Hehehhe.. Rezeki aku boleh membeli belah kali ni..

Bertolak seawal jam 10 pagi , harapan akan mudah dapat parking. Maklumlah , cuti umum kan.. Mesti penuh punya ! Hurmm… Dan rezeki anak anak .. dapat la parking sejurus masuk ke dalam KLCC .. Maka tak payah nak berlegar sana sini mencari parking.. Selamat !

Naik tingkat 2.. terus ke Mothercare.. Orang tak ramai lagi. Jadi , senang nak mencari barang apa yg dikehendaki. Memandangkan sekarang ni musim Autmn dan akan masuk Winter , maka banyak rekaan pakaian cenderung ke arah musim tersebut.

image

Banyak pilihan ! Hurm… Ada yang kata mahal kat Mothercare.. Hurm.. bagi aku la , sesekali nak membeli kat sini.. ok apa ? Kualiti memang ada ! Baju pon tahan lama.. Silap silap leh bagi kat anak.. hehehehe..

imageimageimageimageimage

Setakat ni , pakaian yang dibeli kat Mothercare ni dah berulangkali pakai.. takde pernah ada isu warna luntur atau koyak. Alhamdulillah.. Memang sejak Qhaliff kecil lagi dan pakaian dia pon ada yang dah turun ke Zahra.. Hehee.. Jimat !

Dan hasil borongan setelah dibantu oleh staff Mothercare KLCC..

image imageimageimageimageimageimageimage

Cantik kan ? Hehehe.. Sementara bapak dia mampu.. Dah tak mampu nanti , tengok dari jauh je la kan ? Heee.. Untuk sebarang info terkini atau ingin bertanyakan soalan.. hehehe .. Jangan tanya kat aku eh..

Web :www.mothercaremalaysia.com.my 

Facebook : Mothercare Malaysia 

Instagram : mothercaremalaysia

You May Also Like

15 comments

  1. Cantik cantik baju and kasut tu.. hehe tkda anak lagi :D kalau dah ada anak mesti tergodaa

    BalasPadam
  2. Betul tu. Selagi termampu, apalah salahnya berbelanja untuk anak² tersayang.

    Boleh juga ni nak ushar di sana pula nanti. Lain dari kebiasaan. Comel Qhaliff...

    BalasPadam
  3. moga ade rezki kite dpt anak,lehla shopping utk anak kt sini.weee

    BalasPadam
  4. cantik2 pilihan baju dan kasut kat sini ye..

    BalasPadam
  5. Abg ben buat yaya nak p sini nanti bila dah berumahtangga nanti..hihi...good sharing bro ben... ☺☺

    BalasPadam
  6. kalau ada anak, nak jugak bawak shopping kat sini...tapi tak kawen lagi..hahahaha

    BalasPadam
  7. Untung laa shopping tengah bulan.. Hehe

    BalasPadam
  8. Suka baju yang Qhaliff pegang tu..Hehehe

    BalasPadam
  9. tak pernah lagi shopping mothercare ni.tahu harganya boleh tahan..

    BalasPadam
  10. Harga di Mothercare boleh tahan murah bila ada promosi. Kami grab offer di 11street tak pernah beli lagi di outlet Mothercare.

    BalasPadam