Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 Oktober 2015

Teksi Oh Teksi !

 

Terbaca status seorang rakan mengenai TEKSI dan GRAB CAR / UBER CAR. Aku sokong kata-katanya yang mana dia meminta para pemandu teksi ubah sikap sebelum nak menyalahkan orang lain terutama pemandu GRAB CAR / UBER CAR.

Semalam aku ke Low Yatt dengan menaiki teksi. Aku boleh je nak panggil Grab Car tapi saja nak bagi sokongan pada pemandu teksi memandangkan bapak aku adalah bekas pemandu teksi. Dan aku dibesarkan dengan duit teksinya…

Dalam teksi , pemandu diam jer. Tanya sepatah , jawab sepatah. Ok la.. dia penat agaknya.. Biar je la.. Sampai je Low Yatt , dia turunkan depan depan bangunan.. Ok la.. takde masalah pon..

12118626_1105793996110902_18004201105210010_n

Dan waktu balik.. aku amik teksi gak.. Yelah , bapak aku yang dah berusia 70 an nak ikut jenjalan gi Low Yat.. Saja bawak gak la.. Sian duk umah tu jer.. Sekali ngan Qhaliff ikut gak..

Pemandu teksi kali ni , peramah sangat ! Cakap je apa topik , dia leh masuk. Aku tertanya gak… dia ni bangsa apa ? Nak kata India , fasih Bahasa Melayu dia dasat.Tapi sesekali terasa macam orang India berdasarkan percakapannya.. Hurm.. tak kisah la.. Kitakan 1 Malaysia.

Borak punya borak. dia bercerita mengenai sikap segelintir pemandu terutama yang suka menyembelih orang asing / pelancong. Hurmm.. Kaw kaw punya sembelih ! Dan adakalnya orang tempatan pon jadi mangsa. Bila ada pemandu teksi tak berminat nak berkompromi dengan mereka , mereka marah dan bertindak menendang teksi pemandu tersebut. Hurmm.. Dia cerita laaa..

Aku korek punya korek.. Akhirnya dia bagitau kerja dia sebelum pencen.. Dia bekas pegawai polis.. Dah 10 tahun pencen..

Maka tak hairanlah ramai mula memilih guna Grab Car atau Uber Car. Dah la selesa.. pastu cepat jer sampai bila panggil datang ! Ke ada gak yang lambat ? Hurmm..

5 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Last naik teksi tahun 2008 kot. Hiii

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Dah lama sangat PC tak naik teksi abg ben..zaman sekolah pun baba pesan selagi boleh elak..elak naik teksi..naik bas atau tunggu baba ambil..masa tu musim culikkan..tulah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..padahal tidak semua pemandu teksi tu tak baikkan..

Emiryu berkata... [Reply to comment]

Ermm...da lama gak xnaik taxi...last naik masa interview kat KL thn 2011 kot kalo xsilap.

Tp mmg kene pancung.Jem la apa la driver tu ckp. Kite ni mmg xtau jln n nk cpt utk interview. Amik je la. Walhal jarak bangunan kalo jln kaki xsmpt berpeluh pn.hehe...nasib badan...

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

SA jarang naik teksi....tapi sesekali kalau emergency kena naik jugak...

IbuNoey berkata... [Reply to comment]

IbuNoey dah lama tak naik teksi.dulu pernah la naik teksi.nak cari rumah sewa.pakcik tu kata dia tau jalan.at last boleh pula sesat.tak tahulah memang sesat ke atau sengaja sesat.tapi nasib baik IbuNoey tengok papan tanda.jumpa juga rumah tu.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI