Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 3 Oktober 2015

Wajarkah bawa makanan segera ?

 

Kali pertama aku g luar negara ,  yakni ke Paris.. aku tak bersedia apa apa pun ! Bawak banyak pakaian dengan beg yang kecil ! Satu kesilapan besar.. hahaha ..

Kali kedua.. ke Korea baru baru ni.. aku dibekalkan oleh wife 4 maggie cup dan ternyata ianya membantu di penghujung hari percutian ! Hari terakhir tu malas sungguh nak turun breakfast sebab terlalu penat dan.. makan maggie je dalam bilik sambil mengemas segala barangan sebelum check out..

Minggu depan.. InshaAllah ke Jepun lak.. Tapi kali ni nak bawak apa ? Pengalaman membuat review Nasi Lemak Segera membuatkan aku teringin nak bawak nasi lemak ni ke sana.. Nak tengok apakah ianya mampu memberi kesan pada perut aku ni.. Hehehe.. Maknanya , dengan nasi lemak segera ni , aku kenyang dah untuk beberapa jam sementara nak jumpa makanan yang sesuai untuk dimakan…Maksudnya , HALAL ler ! 

image

Ada jugak rakan suruh bawak roti Gardenia..dan kat sana cari je jem ! Hurm.. aku kalau boleh tak nak kuar duit dah untuk beli makanan kat sana.. Yelah , kan dah ditaja segalanya.. Lalalalala.. Hahahaha..  Duit nak shopping jer !

Maggie cup , tahan la untuk 4-5 jam.. Tapi yang pasti , akan tercari air selepas tu.. hehehe… Tekak kering ! Kan kan ? Hurmm…

Apa pun , memang perlukan bekalan makanan untuk kes kes kecemasan ! Memang perlu.. Cuma yang mana satu ? Macam macam pilihan ada ni…

2 komen :

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

beli makanan utk travel brand Brahim's abg ben, banyak pilihan..nasi beriani kambing, ayam pn ade..nasi goreng ade..geng2 travel, backpackers, suke bwk Brahim's tu..mmg sesuai utk travel..sedap pon sedap..

The Rabbit Travels berkata... [Reply to comment]

Sy rasa mmg patut bawak mknn segera/mknn tahan lama (mcm serunding). Sebab perut melayu ni selalunya mesti nak cari jugak mknn tradisional.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI