Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Oktober 2015

Wonda Coffee punya pasal !

 

Semalam ( 30.9.2015 )

“ Bang.. Jom cari Wonda Coffee kejap lagi.. “

Pulak.. sebelum tu kat group whatsapp blogger , dok cerita asal usul kopi ni dan status kehalalannya.. Ni dah tetiba bini aku sibuk nak jugak !

“ Apa yang best sangat Wonda Coffee ni ? “ . Tanya aku.

“ Ala.. kan saya dok beli selalu tu.. abang gak kasi perabis bila dah dapat minum ! Hari ni , satu tin RM1 jer ! Sempena Coffee Day.. “ . Jawab wife.

Hurmm.. Ok la.. Aku tau perempuan camana.. Bukan nak sangat minum pon tapi feel dapat beli barang diskaun ni lain skit ! Seperti baru berjaya menakluki gunung Everest lagaknya !

Dan mulakan operasi.. Pusing laa kawasan Bandar Baru Salak Tinggi dan sewaktu dengannya.. Cari dan cari.. terus mencari ! Menurut wife hanya di 7 Eleven je ada jual.. Dan setiap premis 7 Eleven yang masuk , semua dah abis ! Amboiiii.. ramainya peminat Wonda Coffee ni !!

Akhirnya pulang hampa.. Takde rezeki.. Sian tengok dia.. Bersungguh keluar masuk 7 Eleven !

 

Hari ni ( 1.10.2015 )

Tiba-tiba aku tanya wife ..

“ Voucher RM100 tu bila nak tebus ? Kang expired gitu jer ! Rugi ar… “ . Tanya aku.

“ Malam ni la pergi.. Beli barang dapur skit .. “ Jawab wife.

Dan sampai masanya.. Bergeraklah ke Tesco Nilai. Wife aku bergerak laju jer.. Macam tau tau dah apa dia nak beli ! Hurmmm… Hurmmm.. Akhirnya dia tersenyum riang..

image

Harganya bukan lagi RM1 tapi RM2.09 tak silap aku.. Tapi beli satu free satu ! Haaaa ! Lebih kurang la kan ? Boleh laaa .. nak cover frust semalam.. haaha ..

Nahhh.. borong terus ! Baru terpamer kepuasan di wajah wife aku ! ADehhh.. perempuan perempuan ..

image

Tapi memang sedap wonda coffee ni.. hehehee ..

13 komen :

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

hehe..ok la tu dari mntk brg lain

anak denesor berkata... [Reply to comment]

best..kopi tu x ngantok..pergh 1 bundle tuh..hihi

Shila Azizi berkata... [Reply to comment]

suka Wonda Coffee...sedap

Amy Hilmirda Daud berkata... [Reply to comment]

memang sedap... beli 1 free 1 ke?, Tak perasan pulak.

izzeyda berkata... [Reply to comment]

hahaha jenuh minum.. 4 dozen tu..

izzeyda berkata... [Reply to comment]

tapi memang betul, ramai kata hari kedua (30.9.2015) dah tak dak stok kopi tu kat 7 E..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Tak pernah cuba lagi..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

ish..itu bukan 1 tin lagi..itu dah 1 kotak..Hahahahaha

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

Masa Shell buat promo tu bertin2 jugak beli. Sama gak satu seringgit.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

tak pernah lagi rasa wonda...pasni kena carikk hahah

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

tak pernah rasa lagi. nak try lah nnt

Jue Amzura berkata... [Reply to comment]

Wonda latte memang best..

Sukma Haron berkata... [Reply to comment]

Kopi Wonda cari kat 7E dah habis...lps nie kena g Tesco lak...tapi kat Dominos Pizza pun ada promo kopu Wanda nie

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI