Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 18 November 2015

Akulah Balqis , pengganti Hello , Mr.Perfect

 

Aduh.. lega telinga aku dok dengar lagu ‘Sori sori sayang’ tu.. Cam lagu ABC lak dengarnya.. Nasib baik aku tak terlibat tonton sama drama yang dikatakan boring giler tu ! Yeke ? Tah laa… Yang penting aku tak terpengaruh..

Ok… Dengar khabarnya drama tu akan diganti oleh drama arahan Fali Yahya atau Palie yang mana skripnya ditulis oleh Eirma Fatimah. Dan antara pelakonnya ialah Puteri Balqis, Nabilah Huda, Aeril Zafril, Nazim Othman dan Nadia Brian.

image001

Akulah Balqis mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untukl mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka di tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semaki akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba satu hari Yamin dan Seri muncul didepan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?

AB 14

AB 16

ab 5

ab 7

AB 11

Bagi peminat peminat slot Akasia , jangan lupa solat Maghrib yer.. Drama ni terlepas tak pe.. leh tonton semula di Tonton.. kan ? Hehehhe…

7 komen :

reenapple berkata... [Reply to comment]

Finally... ada drma yang different dari drama adaptasi novel. HUUU.

At least lakonan Puteri Balqis ni tak kaku seperti drama drama seblum ni

Semut Hitam berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah... akhirnya ada juga drama yg berkualiti untuk di tengok.. stress gila tengok drama sebelum ni....

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

lega gile drama hello mr perfect tu habis..
aku la balqis mesti best sebab barisan pelakon dan jalan cerita dia menarik..tak bosan..

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

sedihnya ceritanya, kanak2 camni banyak je kat malaysia ni kan. kesian budak2

Shila Azizi berkata... [Reply to comment]

lagu sorry sayang tu macam merepek sangat....

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

gandingan mantap..moga lebih menarik perhatian dan mendatangkan impak positif..

im cik mya berkata... [Reply to comment]

selamat..dah x sanggup ngok cerita mr perfect tu..dah la x paham apa yg yg cuba di sampaikan...pelakon kayu hahahah fattah amin dah cun berlakon tp heroin hancus..bang ben, last ps tu bagus..jgn lupa solat ye hahahha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI