Berbaloi pakai ‘ Burung Hantu ‘ ?

 

Ok.. Kul 1 pagi ! Masa untuk online sampai pengsan ! Pada waktu begini , mereka yang gunakan Celcom Prepaid berplankan Burung Hantu memang akan senyum simpul la ! Masa untuk layan movie online atau buat kerja !

Aku ? Pastinya masa ni la baru nak update blog. Kebetulan masa ni jugak anak anak dah tidur atau kalau yang berjaga pon , cumalah Qhaliff.. dan biasanya dia akan turut sama online..

Satu tika dulu , aku abiskan 5GB dalam masa 2-3 hari jer ! Hari hari aku kena guna ‘kongsi internet’ dengan Qhaliff dan ini sangatlah membebankan !

Tapi bila dah ada ‘ Burung Hantu’ ni , lega giler aku ! Banyak save dah ! Alhamdulillah..

Dan menariknya.. bila ‘Burung Hantu’ diaktifkan , aku leh kongsi internet sehingga ke 4 gadget sekali gus ! TV , laptop , tab dan telefon pintar..  Ok la kan ?

image

image

image

Lega banyak bila ada plan gini. Sebelah siangnya , aku boleh berjimat. Guna untuk yang penting penting jer.

Cuma yang tak bestnya , bila dah tiap tiap malam berjaga.. hehehe.. jawabnya tak cukup tidur la sebelah siangnya kan ? Maka , sila pandai pandai la bahagikan masa dengan betul..

7 ulasan:

  1. Menarik. Tapi kalau Yt tak berapw sesuai sebwb ia mungkin merugikan. Yt tdo awl sbb esok nya mnak keje. Huhu.

    BalasPadam
  2. Kalau jenis yang tido awal macam saya ni tak berburung hantu sangatlah abg ben. huhu

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini BA....Menarik juga ni tapi Diana tak larat berjaga tengah² malam sebab esok kena keja..hihi

    BalasPadam
  4. ohsem..
    pengguna burung hantu jugak.
    cuma bleh praktik hujung minggu.
    hari biasa x larat mata.
    heheh.
    mmg pueh hati.

    BalasPadam
  5. wah,,,menarik gitu.. tapi untuk burung hantu jugak la..yang bukan jenis berjaga malam ni mesti kurang sesuai...ye ke tak?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009