Berkat kesabarannya !

 

Semalam , aku menginap di Resort Suites di Sunway . Beruntung aku sebab situ berhubung dengan Sunway Piramid. Lama sungguh aku tak bershopping di sini. Alang alang dah berada kat sini , merayau la kan ?

Tapi segalanya mula berubah bila Qhaliff nampak sesuatu ! Troli car !! Dia nak jugakk naik… Adoiyaiii.. Tak pasal pasal kena cari kat mana nak dapatkan troli tu..

Tak jumpa.. Dan hari ni , cari lagi ! Gagal jumpa gak… Pujuk dia belikan kereta kawalan radio. Terbanglah RM50..Huhu.. Dia cool je pastu..

Namun begitu , tetap tunaikan hasrat dia tu.. Balik rumah di Sepang , terus ke Giant Nilai. Kat sana ada.. Huhuhu.. Bila sampai sana , troli tu abis ! Berubah muka dia.. Aku suruh dia sabar dan tunggu. Tak sampai 10 minit , sampai dua unit troli tu.. Huhuh.. Alhamdulillah..

Tiba tiba  , ada yang baru datang,  terus nak amik troli tu.. Amboi.. Mana boleh bang… Kami tunggu dulu.. Wife dengan muka selamba , amik jer terus.. hahahaah…

Maaf la yer .. kami mengejar masa ! Dah lewat.. Nak masuk Maghrib.. huhu..

image

Happy dia dapat naik.. Adik dia , duduk atas dan daddy tukang tolang ! Belasah je la .. Asalkan anak anak gembira.

Bagus Qhaliff boleh bersabar.. Tak rela aku tengok dia bantai guling guling kat lantai mall tu.. hahaha .. Mau aku jadi hulk nanti !

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009