Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 17 November 2015

Bila keputusan UPSR keluar..

 

Aku membayangkan.. anak aku , Qhaliff atau Zahra yang menduduki UPSR .. Tu pun kalau ada lagi la UPSR di zaman diorang..Tak kisah la apa pun nama dia yang penting ianya adalah peperiksaan penting di usia mereka..

image

Apakah reaksi aku ?

Teringat kembali saat aku di usia 12 tahun. Bila amik je keputusan peperiksaan.. tak begitu membanggakan ! Nampak ada 2 A jer.. English A ???? Biar benarr ???? Di tapi bahasa Melayu lak B ! Acaner tu ?? Adehhh.. Camana nak tunjuk kat orang tua aku ? Hurmm.. Tak pe la.. asalkan A ada .. Kena marah pon , kena laa..

Sebenarnya.. aku tak kisah kena marah dengan diorang tapi aku tak suka dibandingkan dengan rakan seusia aku ! Bila orang tua kita cakap..

“ Tengok orang tu.. cemerlang ! “.

“ Tengok sepupu kau tu.. bagus je ! “.

Jadi stress ! Secara jujur , timbul rasa benci pada orang tu.. Tak nak bergaul dengan diorang sebab nanti nampak perbezaan dan itu akan memalukan aku.. Aku tak jadi anak yang membanggakan orang tuanya ! Walaupun aku cemerlang di bidang sukan ketika sekolah rendah , semua tu terhapus bila aku tak dapat 5A !

Bayangkan perasaan tu muncul dalam diri anak kita ! Diorang akan mula memberontak.. Mula jadi degil ! Mula malas ! Kenapa ? Sebab sikap kita , orang tua yang menekan mereka tapi dalam pada masa yang sama , tak membimbing mereka ! Tak memberi tunjuk ajar .. Tak memberi tauladan ! Memadai hantar tuisyen , panggil guru datang rumah.. BELAJAR , BELAJAR dan BELAJAR !

Qhalif dan Zahra.. Aku tak nak mereka buktikan kejayaan mereka dengan membawa pulang PhD atau bergelar Profesor.. aku nak mereka menjadi manusia yang berguna pada agama , bangsa dan negara ! Aku nak mereka boleh menghafal Al-Quran , mengaji dengan baik , berilmu serta berpengetahuan tinggi , bijak berfikir ..tau mana dosa mana pahala.. serta memberi manfaat pada orang lain..

image

Kalaulah Qhaliff atau Zahra tak cemerlang dalam UPSR .. InshaAllah , aku akan terus bagi mereka semangat untuk belajar dan terus belajar. Dan untuk itu , aku dan wife telah awal awal lagi sediakan tabung untuk mereka andai satu hari nanti , mereka tidak layak untuk masuk ke IPTA , maka mereka boleh lanjutkan pembelajaran di mana mana institusi swasta yang ada .. Selagi mereka berminat  untuk belajar , tugas aku adalah untuk memberikan yang terbaik buat mereka..

Dengan keadaan zaman sekarang .. bayangkan apa jadi dengan anak kita andai mereka hidup dalam tertekan !

Yup , setiap ibu bapa ada cara didik anak mereka dan ini cara aku didik anak aku..

5 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Feel u ben...yesss kita pernah lalui zaman itu, zaman perbezaan mereka dan kita...julia pun tak nafikan pernah jadi pendiam dek kerana cikgu sendiri di sekolah yg membezakan student pandai dan student so so mcm ju...kadang2 nak masuk bidang ko-kurikulum pun kena tempiasnya juga...sedih ben...tu sebab anak zmn sekarang kita bg galakkan motivasi...jatuh mereka bukan penghalang...malah ia satu semangat utk jauhhhh melangkah terus ke hadapan...suka entry ni!

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

tak sangka.....sama.....baru2 ni keputusan peperiksaan anak2 tak begitu bagus....tapi.....

baca cerita selanjutnya di www.saidila.com

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sokongan itu yang paling penting...doa ibu bapa..dunia akhirat biar seimbang..

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

betul beben.. paling tak suka bila dibandingkan.. sama jugak kalau orang banding anak kita dengan anak orang lain.. jawab dalam hati 'hey.. anak aku, anak aku la..anak dia, anak dia la'..hahahaa

Nur Khairiah Irwanie berkata... [Reply to comment]

yup betul tu.. sokongan drp mak ayah paling penting.. :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI