Jom ke DRB-HICOM AUTOFEST 2015 !

by - Khamis, November 05, 2015

 

Aku yakin korang minat kenderaan berenjin kan ? Hehehe.. Pastinya aku merujuk pada motorsikal , kereta dan apa saja yang guna enjin ! Heee.. faham kan ? Kan ? Haaa..

Pada 6hb hingga 8hb November ni , DRB-HICOM AUTOFEST 2015 akan diadakan di Eon Complex Glenmarie , Shah Alam. Ini adalah pameran kali ke empat yang dianjurkan oleh DRB-HICOM.

image

Antara syarikat yang terlibat kali ni ialah Proton, Lotus, Volkswagen, Audi, Honda, Mitsubishi, Isuzu, Modenas, Can-Am Spyder , Tata dan Jeep. Menarik je kan ?

Selain dari pameran kereta yang menarik , ada juga tawaran tawaran menarik seperti cabutan bertuah serta diskaun untuk pembelian kereta ! Fuh… Cabutan bertuah , pemenang bertuah akan membawa pulang kereta Proton Iriz dan juga motorsikal Modenas.

Selain itu turut akan diadaka ialah  lelongan kereta terpakai Proton dan sesi bidaan  pada hari Sabtu (jam 11 pagi dan 3 petang ) dan hari  Ahad (jam 3 petang). Lebih dari 200 kereta akan dilelong !!!

Promosi istimewa turut diberikan pada mereka yang membuat pembelian kenderaan di sini dan antara  syarikat kenderaan yang menawarkan promosi ni ialah Isuzu, Volkwagen , TaTa , Mitsubishi , Lotus dan Modenas.

Bagi memeriahkan pameran ni , persembahan istimewa dari kumpulan Caliph Buskers (Sabtu), No Noise Percussion (Sabtu) dan Elecoldxhot (ketiga tiga hari ) akan menghiburkan pada tetamu.

Lapar ? Dahaga ? Jangan risau sama sekali ! Pelbagai food trucks akan ada sepanjang pameran ni . Jadi anda tak perlu risau part tu yer .. hehee.. Bawak je duit ..

Apa lagi ? Rancang dengan pasangan anda atau rakan rakan anda hujung minggu ni ! Ajak beramai ramai datang.. mana tau ada rezeki menang cabutan bertuah atau beli kereta baru di sini ! Heee…

Untuk maklumat lanjut , sila ke http://www.drb-hicom.com/. Masa pameran DRB-HICOM AUTOFEST 2015 ini  ialah 9 pagi hingga 6 petang. Sila rancang betul betul yer.. heheeh..

Jumpa di sana nanti !

You May Also Like

9 comments

  1. Menarik! nak try ajak hubby datang jugak la!

    BalasPadam
  2. yang mana ada niat untuk membeli kenderaan baru.atau selain daripada itu..haaaa eloklah pergi...kan..

    BalasPadam
  3. Suka !
    Suka tengok dan lihat inovasi kereta baru...bukan orang lelaki je suka...org pompuan pun lagi suka...kalau free nak ajak suami ke sini...tq ben

    BalasPadam
  4. Menarik,boleh la pergi nanti nie..

    BalasPadam
  5. Menarik juga nak pergi sana. Mesti banyak kereta-kereta cantik dipamerkan. Boleh tengok teknologi kereta sekarang.

    BalasPadam