Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 5 November 2015

Membahagikan kasih sayang..

 

Aku anak nombor dua.. Seringkali merasakan terpinggir disebabkan orang tua aku lebihkan abang dan adik perempuan aku. Itu yang aku rasa selama ini hinggalah aku punya Zahra dalam hidup aku..

Qhaliff , anak sulung dan banyak memberi ‘tuah’ pada aku dalam dunia blog ! itu yang aku rasa.. Sejak kehadirannya , rezeki aku dalam dunia blog bertambah tambah..

Dia membuatkan aku senyum selalu. Terhibur dengan keletahnya..

image

Tapi bila Zahra muncul.. Aku dapat rasakan dia seperti ‘tercabar’ .. Setiap hari dia berusaha nak mencuri hati aku dengan melakukan pelbagai aksi untuk membuatkan aku ketawa.. seperti mana aku ketawa melihat Zahra melakukan aksi spontannya..

Haih… Sian dia.. Tercabar sungguh dia dengan Zahra. Sememangnya terang terang dia geram dengan Zahra.. Hurmm.. Tapi dia sayang sangat kat adik dia ni..

image

Sebagai seorang ayah , aku perlu adil dalam membahagikan kasih sayang pada dua orang anak aku ni. Yang pertama , dulu dia dimanjakan dan muncul ke dua , takkan aku nak biarkan dia dan masih lebihkan yang pertama ! Arghhh..

image

Qhaliff sering mendapat kelebihan.. dia dah besar dan mudah bawa diri tetapi Zahra seorang yang mudah berdikari ! Bila aku tinggalkan dia rumah orang tua aku , dia cool jer.. Kalau Qhaliff , meraung dah nak ikut ! Huhu..

image

Kalau ikut hati aku.. dua dua aku nak usung tapi masih belum boleh lagi nak bawak Zahra ! Aku kena ajar dia duduk dalam car seat. Qhaliff dulu ok jer.. Zahra tak nak ! Dia berlagak dewasa dan ini membahayakan ! Zahra nak duuduk sendiri ! Nak tak nak , kena tinggalkan dia dengan mak aku dan bawa Qhaliff jer..

Dan di rumah.. Zahra diutamakan oleh aku dan Qhaliff dengan ibunya.. Tapi dia tetap nak ‘aku ‘ ! Dan aku bagi kelonggaran dengan lepak bersama aku hingga awal pagi namun ini tidak sihat sebenarnya bagi dia !

Pening jugak aku.. Kalau ikut hati aku , aku nak ‘resign ‘ dari dunia maya ini dan beri tumpuan sepenuhnya pada mereka berdua ! Tanpa ada sebarang gangguan…

image

Hurmm..

4 komen :

A'ishah K. berkata... [Reply to comment]

saya pun anak nom 2. and anak no 2 saya pun girl. memang cuba sedaya upaya utk adil. Tapi keperluan mereka lain2, so agak susah nak quantify keadilan tu

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

walau seibu sedaddy..setiap anak ada watak masing masing..ada kelebihan dan kekurangan masing masing..buat masa ni PC belum ada pengalaman bab berkaitan anak..in sha Allah satu masa nanti(doakan)..tapi bila tengok sekeliling(saudara mara) bila lahir anak kedua dan seterusnya timbul perbezaan..dimulut mereka menafikan tapi tanpa sedar boleh terlihat melalui perbuatan dan tindakan ibu bapa melayan anak anak..cabaran untuk ibu ayah sebenarnya..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Yes banyak kali jumpa zahra dan Qhaliff...nampak zahra lagi berdikari...Qhaliff pun pandai berkawan sekarang, teringat kt Ummiza anak ben kawna ngan anak julia si Qaiser ilman berpeluh2 berlari hehehe

Yana Libra berkata... [Reply to comment]

dilema ibu ayah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI