Menjemput ‘demam’ ?

 

Bang , lama diorang tak demam kan ? “.

Kelmarin , kata kata ini keluar dari mulut wife aku. Aku paham maksud wife sebab aku terfikir gitu gak sebelum ni . Tapi aku diamkan jer. Kalau tak , Zahra dan Qhaliff memang kerap demam. Silih berganti diorang. Tapi sebelum musim jerebu ari tu hinggalah semalam , dua dua tak demam.

Adeh… Tak sempat aku nak tahan mulut wife aku. Aku pernah cakap menda yang sama gak sebelum ni dan kesannya , lusa Qhaliff demam dan aku menyesal dengan mulut cabul aku !

Dan , hari ni.. Zahra demam ! Wife pun demam. Hurm… Apakah ini satu kebetulan atau ?  Tapi apa yang dilafaz tu , satu doa terutama dari orang tuanya. Hurmm.. Sebab tu kena hati hati dengan tutur kata kita sebagai orang tua..

Khurafat mempercayainya ? Aku tak la percaya tapi macam aku kata tadi tu.. kena jaga la tutur kata tu.. Doa yang baik baik pada anak anak..

Sebab tu jangan kata menda tak baik pada anak anak kan ? Kalau diorang dah besar , lagi laa.. boleh paham dan pastinya akan tercalar hati mereka ..

image

4 ulasan:

  1. same thing happened to me. tapi saya cakap dgn kawan opis. Cakap anak saya, alhamdulillah lama dah tak demam sejak saya kasi madu. Pastu, terus demam sampai kena amik darah semua. Saya tanya mak. Mak cakap, Allah uji kita dgn benda yg kita cakap tu, tengok kat mana yakin kita. Pada madu ke pada apa yg kita buat ke. Sama jugak macam bila kita nasihatkan orang untuk sabar, jgn ikut perasaan marah tu. Selalunya akan datanglah ujian yg buat kita tak sabar tu. Tu ujian dari Allah.

    BalasPadam
  2. Adoii, so cute ! comel ha dedua cahaya mata abg n wife~

    BalasPadam
  3. iye..memang perenah jadi macam ni. kadang ada orang yang kita tak nak dia datang, sebut-sebut.. "eh, dia tak datang lah" sekali muncul pulak..haha..ni zaman-zaman bebudak dulu la.. tapi tak percayalah apa-apa... anggap kebetulan aje...

    BalasPadam
  4. moga zahra dan ibu cepat sihat...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009