Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 2 November 2015

Merehatkan minda di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

 

Jika isteri anda bertanya pada anda , soalan begini ..

“ Bang , nak gi mana hujung minggu ni eh ? Penat la kerja.. Nak g tempat yang tak perlu buat kerja.. nak rehat jer dan makan makanan yang sedap sedap ! “.

Maka aku ada jawapannya ! Bagi mereka yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , rasanya sesuai sungguh la ajak keluarga anda berehat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur !

Yup.. aku dah menikmati semalam di sana dan rasa segar sangat selepas tu ! Si isteri pun boleh gi berehat di spa.. anak anak leh lepak bersantai bersama si ayah.. hehehe.. Pastu boleh gi shopping di shopping mall di sebelahnya ! Baru , segar dan banyak kedai murah murah !!

Bilik yang aku nginap tu sekarang ni ada promotion sehingga 3 Januari 2016..

image

Camana bilik dia ? Ok ke ? Hurm.. tengok sendiri.. Bilik yang aku nginap ni Club Floor Suite .

image

image

image

image

Ni bahagian nak lepak sambil buat kerja.. Dan viewnya ? Fuhhh… Terbaik ! Buat kerja sambil bukak tingkap… terasa macam kat oversea lak.. hehee.. Nasib baik jerebu dah berlalu..

Nak buat kerja masa bila ? Subuh menjelang ? Tengahari ? Atau malam hari ?

image

image

image

 

Dan bilik tidurnya.. Hehehhe..

image

image

Biliknya dipisahkan dengan satu pintu.. hehehe .. Seronok budak berlari sana sini..

Dan katil yang amat selesa.. Tak cukup , boleh je mintak lagi satu katil tambahan..

image

Tandas yang bersih.. Ada dua bilik mandi..

image

Ada gym yang besar juga bagi aku.. Kolam renang lounge untuk lepak di malam hari serta pilihan restoran yang memang enak sekali pilihan makanannya.

image

Kalau ‘sayang’ nak tingalkan bilik untuk makan malam atau pagi mahupun tengahari , ada room service ! Makanannya , memang sedap ! Tak seperti hotel hotel di KL yang pernah aku pergi.. Harga mahal tapi rasanya.. adehh…

image

image

image

image

Amacam ? Menyelerakan ? Hehehehe.. Memang abis semua makanan yang diorder !

Dan ‘percutian’ aku berakhir dengan senyuman. Puashati sangat sangat ! Layanan kakitangan pon aku suka.. cuma kalau di kala mereka sibuk tu , kena la sabar skit yer.. Jangan cepat melatah.. heheheh..

Oh ya.. antara tarikan sepanjang bulan November hingga Disember ialah…

image

image

image

image

image

Berminat ? Sila hubungi dengan segera kerana hotel ni senantiasa jadi pilihan ramai…

Tel : 03 4042 5555

E Resv : sales@seripacific.com

Web : www.seripacifichotel.com

FB : www.facebook.com/seripacificofficial

14 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

kena test nie

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

Subhanallah cantik sungguh bilik dan pemandangan luarnya! Makanan ... perghhh! Ok, nanti nak cadang kat hubby hehe

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Wah bestnya Ben,harap dapat pegi sini bday akak nanti..ehehe..

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

nak repeat review lah kat sana tapi kali ni nak stay kat hotel dia pulak.. terpesona!

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Jelesnyaaaa terasa nak pergi jugaa

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

uish..cantiknya pemandangan! Ruang dalam bilik pun cantik dan kemas. Cumanya, bila dapat view macam ni, harganya pun..adoii. hehehehe

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Fuhhh gigit jari tgk, memang terbaiklah hotel ni dari segi perabot, servisnya wauuu, kalau buat kejutan utk hari jadi suami pun syok ni...good review ben

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

kalau dapat duk hotel ni 1 malam pun jadi la.. duk dalam bilik tak keluar.. hahaa.. tengok view punyalah cantik..

Busyra Bt Takiyudin berkata... [Reply to comment]

wah.. cntiknya bilik dia. makanan pun nmpak sedap

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

memang best nampaknya....sentiasa percaya dengan komen dari ben....jujur dan ikhlas....

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Aura baru kan..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

wah, macam murah je bento tu...

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

bestnyaaaa! berkenan tengok bilik tu, deco minimalis & moden, serius cantik!

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Fuyooo tenangkan diri ..untunglAa dpt bercuti..hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI