Nyaris bertembung !

by - Ahad, November 22, 2015

 

Alhamdulillah.. cerah cuaca pagi ni ! Aku ada ‘kerja’ di Anggerik Mall , Shah Alam. Ada food review makanan berasaskan kambing ! Fuhhh , terbayang kesedapannya!

Melihat cuaca di luar adalah kegemaran aku. Maklumlah , berminggu dah tengok jerebu ! Nak tengok langit membiru , siap kena g Jepun ! Barulahhh nampak semula awan dan langit biru..

Dan segalanya dah berakhir.. awan dan langit dah tak merajuk dengan sikap manusia yang tak reti hargainya.. Huhuh..

Tengah sedap memandu tiba-tiba ada sekumpulan manusia berbasikal di sebelah kanan aku.. Ramai lak tu ! Aku tercari cari gak , sapa la yang ‘pantau’ keselamatan mereka.. Tak nampak !

image

Di satu selekoh.. tiba-tiba ada sebuah kereta 4x4  bertentangan dengan aku ! Terus aku  mengelaknya ! Rupannya dia nak memotong geng geng berbasikal ni.. Tak sabar dah kot dok mengekor diorang ni ? Tu yang amik risiko memotong kot ? Aku tak perasan samada dia memotong di garisan berkembar atau putus putus tapi di kawasan ni , memang banyak garisan berkembar !

Nasib baik aku dah amik sikap berhati hati dengan memandu secara perlahan jer.. Kalau tak ??

image

Hurm.. Aku ingatkan tak ramai geng geng ni.. rupanya ! Fuhhhh… Ramai lagi kat belakang belakang tu.. Yang follow ada sebijik van. Pastu ada lagi yang tercicir kat belakang tuuu.. Ramai wooo ! Ada yang berenti tepi jalan .. ada yang mengayuh hingga masuk ke laluan tengah ! Hurmm.. Kawasan ni kereta laju laju ! Aku rasa macam tak sesuai diorang buat laluan ni untuk beriadah gini.. Putrajaya tu kan dah comel dah untuk aktiviti gini .. Apasal la nak mempertaruhkan nyawa dengan layan di tempat gini.. Bahaya wooo !

Kalau boleh , mintak tingkatkan lagi kawalan keselamatan bila layan aktiviti gini di tempat terbuka.. Jangan bila ada yang terkorban , baru laaa nak.. hurmm..

You May Also Like

4 comments

  1. Pengurusannya mesti detail..lagilah kalau jalan atau laluan tu memang banyak kenderaan lalu lalang..

    BalasPadam
  2. tapi itulahhh.....kat highway pun bersepah org naik beskal....malam2 lagi...

    BalasPadam
  3. Memang risiko amat tinggi. Datuk saya meninggal naik motor ada van langgar.
    3 hari arwah koma dan keluarga meratap. keselamatan jalan raya jangan ambil mudah.

    BalasPadam
  4. haha laluan saya jugak tu..isnin lepas kt situ lah sya jatuh motor masuk semak.gara2 elakkan kereta brake emergency..

    BalasPadam