Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 November 2015

Tiada lagi ‘ malam ‘ buat ku !

 

Beberapa insiden menyaksikan aku berhenti dari berjaga malam. Sebelum kejadian , dengan bangganya aku tak tidur sebelah malam hingga awal pagi tetapi di awal malam hari , aku akan sangat mengantuk ketika memandu dan beberapa kali membuatkan aku hampir terbabas !

Cukup ! Tiada lagi berjaga ! Tiada lagi burung hantu ! Hahahaha.. Aku bukan muda lagi. Nak tak nak , aku kena tidur awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya apatah lagi aku sekarang akan sibuk ‘ berlari ‘ di tingkat atas.. bersenam !

Mengantuk ketika memandu , kalau dah datang memang payah ! Nak tak nak , kena berhenti tidur ! Kalau di lebuhraya , ok laa.. kalau di jalan bandar ? Camana nak berenti ? Haaa..

Nekad… selepas isya’ aku tidur ! Aku akan berjaga kembali jam 4 pagi.. Aku tak set jam pun.. Bila dah bangun.. otak pun fresh ! Bila dah fresh , idea mencurah curah !

Kalau sebelum ni , aku gemar layan movie di malam hari.. selepas insiden di Paris tu , aku tak minat dah ! Hahaha.. Semua ‘filem’ jer ! Dalam filem , korang la hero.. real life ? ‘Islam’ jugak dipersalahkan ! Haihhh… Dah , boring tengok movie ! Sesekali boleh la.. yang gempak gempak je la..

Dah..jom tidur !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI