Vape sudah , waze pulak ??

by - Jumaat, November 27, 2015

 

Isu vape tu , aku sokong la.. Kecuali vaper ni sepakat layan vape di tempat dikhaskan seperti semalam , aku tengok di Bandar Baru Nilai , ada satu kedai vape ni.. geng geng vaper layan dalam tu jer ! Respek aku tgk diorang ! Maknanya , diorang tak ganggu orang ramai apatah lagi berhampiran diorang tu ada food court ! Diorang layan dalam kedai tu gak.. Haaa.. camtu , aku tak kisah. Yang aku kisah , jenis main hembus di tempat terbuka dan ada orang awam.. Hurmm..

Ok… Semalam , terbaca satu artikal dari sebuah blog ni. Terkedu jap aku ! Sememangnya dari dulu aku dah nampak masalah keselamatan ni tapi kenapa sekarang baru nak ‘berbunyi’ ???

image

Terus terang aku bagitau , aku bergantung pada waze setiap kali memandu jauh ! Banyak kebaikannya yang aku dapat. Contoh pemberitahuan mengenai kemalangan jalanraya , kereta rosak , kehadiran polis ( jangan ingat semua orang nak lari dari polis ! ) , kesesakkan lalu lintas , tanah runtuh dan macam macam lagi !

Dah kenapa sekarang baru kaitkan dengan isu keselamatan negara lak ? Camana pulak dengan negara lain ? Apakah mereka juga berfikiran seperti dua ahli Parlimen BN tu ?? Adoiyaiii…

Bayangkan bila teknologi ni diharamkan.. Kita kembali menggunakan papan tanda sebagai pemandu arah.. Fuhhh ! Jenuh woiiii !! Diorang yang bagi cadangan ni senang laa.. Ada driver ! Ada polis dok escort.. Bila lalu , abis pengguna jalanraya ‘ditolak ketepi’ tanpa kira situasi pemandu tu ! Bayangkan ada yang tak perasan .. haaa ! Mau kelam kabut woooo ! Kalau tak jadi apa apa , ok la.. Kalau berlaku sesuatu yang tak disangka ? Haaaa…

Kalau waze diharampkan , aku mintak diorang yang bergelar menteri ni jugak memandu sendiri ke tempat tugasan mereka tanpa guna escort.. Haa ! Rasa la camana rakyat biasa ni rasa ! Ingat , rakyat biasa ni bayar cukai setiap kali bergerak ! Huhhhh !

Banyak isu penting lagi boleh difikirkan.. kenapa laa isu gini gak dibangkitkan ! Sedih tengok wakil wakil rakyat negara ni.. Ada yang bijak , tapi tutup mulut.. Yang kurang bijak , berlagak bijak ! Yang jadi mangsa , rakyat jugakkkkk !

Kalau waze diharamkan , sila haramkan terus telefon pintar ! Sebab boleh mengancam keselamatan negara gak ..satu hari nanti ! Kot ? Entah la labuuuu…

You May Also Like

12 comments

  1. berfikir..bercakap..ambil kira sensitiviti sekeliling..

    BalasPadam
  2. walaupon sya tersesat menggunakan waze.. tersimpang jauh skit la.. heheh sebab pusing-pusing.. tp waze gk yg membantu

    BalasPadam
  3. erm..susahnya bercakap dengan menteri2 terlebih pandai..
    hak masalah sedia ada x nak selesai..nak menyusah rakyat dgn mcm2 lagi..
    Ya Allah,berilah hidayah kt semua menteri2 dn pemimpin ni

    BalasPadam
  4. Kalau waze kene ban aku tak heran kalau whatsapp dengan yang lain-lain tu kena ban terus. Iyelah..Nanti mengancam keselamatan negara sebab boleh kongsi maklumat dengan mudah. XD
    Abg ben pinjam pic entri, nak share dalam blog

    BalasPadam
  5. Diaorang ni, banyak bercakap tapi bukan tahu situasi sebenar pun. Silap-silap tak tahu pun camana keadaan sebenar. Kita rakyat bawahan ni la selalu jadi mangsa. Huhuhu.

    BalasPadam
  6. hm speechless.
    are they joking or whaaaaat omg

    BalasPadam
  7. papan tanda yg ada tepi jalan pun selalunya tak membantu..belum lagi kalau yg rosak dan patah..langsung terus x jumpa jalan..waze lah penyelamat

    BalasPadam
  8. tak de isu kot pak menteri ni semua

    BalasPadam
  9. WAZE mengancam keselamatan??
    Apa punya wakil Rakyat la..Dia kalau tak ada escot.agaknya..mau sesat gak kan..iyerlah bukannya diaorang tahu pun arah jalan..Waze ni byk bantu org tau..nak p bercuti bawak family guna waze selamat sampai ..kalau tak waze..mau sesat berjam2 dlm kereta.macam Fida..tak reti p Putrajaya tapi ada waze...kejab je dah sampai..

    BalasPadam
  10. Aku tak setuju kalau waze diharamkan. Macam yg ben kata, banyak kebaikan sekiranya kita memandu sendiri. Aku bukan org semenanjung. Aku dtg menuntut ilmu. Jadi smbil menuntut ilmu aku bjalan ke setiap negeri. Waze banyak membantu aku reached to my target destination without wasting my time. kalau ada jenayah & kemalangan, waze sgat berguna ;)

    BalasPadam
  11. Sye setuju.. Dieorang main ikt sedap ckp je..

    BalasPadam