Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 30 November 2015

Yus Jambu meninggal dunia..

 

Aku dan rakan blogger di group Whatsapp dikhabarkan mengenai pemergian Yus. Terpinga pinga aku ! Takde angin , takde ribut tetiba viral cerita ni. Dah la sebelum ni kecoh pasal Ebby Yus ! Takkan kot ? Tapi kuasa Allah.. tak boleh kita nak nafikan terus..

Aku terus ke Twitter. Di sana, maklumat macam ni cepat sangat viral. Dan aku jumpa screen shot dari Tauke Jambu. Teman baik Yus Jambu..

Dan.. Aku terkedu. Terus aku baca bagaimana kisahnya.. Sesak nafas selepas show ! Hurmmmm…  Jantung ?

image

Jantung.. Ramai antara kita bermasalah dengan jantung tapi kita amik lekeh jer.. kan ? Sekali kena serang.. Hurmmm..

Yus Jambu.. antara pelawak yang mampu membuatkan aku tersenyum. Walaupun arwah punya lawak kita tau ianya bukanlah lawak cerdik tapi yang penting ianya mampu menghiburkan anda.

Senyum dan tawanya , akan kita rindui. InshaAllah , kita akan menyusul jua selepas ni. Masa dia , dah tiba. Janganlah kita lalai dan leka seperti kita akan hidup selamanya.

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Muliakanlah kematiannya , lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.”

Al Fatihah..

8 komen :

Huszaini Haron berkata... [Reply to comment]

Innalillah... Takziah buat keluarga allahyarham. Al fatihah...

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

tu la..pagi tadi baca dalam instagram...ingat citer merepek je..rupanya betul..Takziah kepafa family arwah..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

terkejut sgt. alfatihah

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

al fatihah

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

SubhanAllah, terdengar berita ini tadi waktu subuh tadi ben masa drive ke tempat kerja, semoga rohnya dilindungi Allah selalu...

Allah ambil dikala tengah sihat, masih muda, tengah bekerja...Allahuakbar, jika kita entah bila masanya, pasti pergi jua...bekalan?

#sujudtaubat

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Al Fatihah..amat mengejutkan..apa yang Bro ben katakan hal jantung betul jangan lekehkan hal jantung. Memang hal jantung adalah pembunuh senyap..Apapun kita semua tak lepas dari kematian ini. Banyakkan amalan yang baik dan bersedekah ya..amin

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

AlFatihah..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Al Fatihah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI