Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 27 Disember 2015

14 jam perjalanan dari Kelantan !


Alhamdulillah.. Sampai jugak rumah akhirnya ! Plan nak tidur di Cherating pada awalnya tapi dibatalkan sebab terlalu lewat sampai di sana. Bertolak dari Kok Lanas jam 2 petang. Singgah di Jerteh , umah abang ipar jap.Dalam jam 4 petang , bertolak semula ke Kuala Terengganu melalui Jalan Pantai. Aku suka ikut sini.. hehehe.. Jalan dia cool jer.. Pastu nak singgah di Pantai Penarek jap. Makan petang di situ.. heheh.. Suasana pantai gituuu.. hehehe.. 

Pantai Penarek ni cantik dan tenang.. memang best berpiknik sini ..



Tapi sayangnya... tidak disayangi oleh pengunjung ! Tong sampah dah disediakan tapi masih tak reti reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya ! Sungguh menyedihkan perangai manusia begini ! 



Hurmmm... Harap rakan pembaca blog aku ni tak berperangai sedemikian ! Hargai alam sekitar kita. Jangan sampai kita kehilangan seperti kita kehilangan awan dan langit ketika jerebu.. baru menyesal tak terhingga ! Kan kan ? 

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Niat nak cari keropok lekor untuk dimakan sambil lepak tepi pantai. Ni kali ke 3 nak cari tempat tu ! Aku berjaya ketemu tempat tu , sekali jer ! Tak ingat kat mana pon.. Tapi sayangnya , gagal lagi ! Berpusung pusing dalam bandar Kuala Terengganu. Akhirnya, terpaksa teruskan perjalanan ke Cherating. Beli keropok kat sana je la.. Hari pon dah lewat petang. Mengikut waze, jam 9 malam baru sampai Cherating.

Dalam perjalanan ke Cherating lak , hujan turun. Dengan kegelapan jalan raya , aku memandu dengan berhati hati ! Berpandukan Waze , aku harapkan segalanya berjalan lancar.. dan ianya berjalan dengan lancar ! Berhenti beberapa kali termasuk di RnR Gambang untuk makan malam.. hehehhe.. Sedap pulak nasi lemak kat sini.. 2 pinggan aku makan.. 


Selesai makan. Jam dah pukul 11 malam. Lebuh raya clear pada awalnya tetapi akhirnya dicemari dengan budak budak rempit ! Hurmm... Selepas Rnr Temerloh , diorang dah start setting ! Adoiyai.. ni aku malas ni ! Terus aku memecut dengan laju ! Aku tak nak diorang merempit di sisi kereta aku nanti ! Merbahaya.. 

Nasib baik aku berjaga malam sejak dua menjak ni. Maka memandu malam , tiada kesukaran bagi aku. Jam 4.25 pagi , kereta aku selamat diparkingkan di depan rumah ! Heheheh.. Kemas kemas semua barang. Tunggu subuh .. pastu ??? Zzzzzzzzz....Hehehehe... 

Terus terang.. lega highway clear ! Aku nasihatkan , pasang waze dalam perjalanan pulang nanti ! Tak kisah la betul atau tak betul waze tu , paasang jer ! Sebelum tu , pastikan dahh update ! 

9 komen :

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

Keropok sedap kat Pantai Kelulut sebelum masuk Marang. Situ memang terbaik dan dicadangkan oleh kakak yang dah lama menetap di Kuala Terengganu.

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Wah menarik ya di Kelantan..pantai indah tu Ben..

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Balik time/waktu/tarikh begini mmg jalan clear ben.. kalau ikut karak rasanya 4 jam je kalau clear..hehehe

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

syoknya jalan-jalan ya

siti nurafida noh berkata... [Reply to comment]

Lamanya 14 jam... tapi alhamdulillah dah sealamt sampai

Fara Hani berkata... [Reply to comment]

waze menjadi peneman bila tak tahu jalan.

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Menarik. Tp waze jrg guna. Hii

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

Fida selalu gak nampak org2 lain selamber je buang sampah..atsa lebuhraya pun selamber je..Haritu nasib baik plastik merah terbang tak melekat dekat cermin kereta

adianiez AIDA berkata... [Reply to comment]

aida pernah 13 jam dari kelantan nak balik melaka.
but satisfied sebab kami ikut jalan pantai tganu tu.
lepak.
makan sotong celup tepung.
stop solat kat cherating.
makan makan lagi....
tapi penat giler la, memang x dinafikan :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI