Akukah yang patut malu ?

Di Wakaf Che Yeh.. Ternampak patung ni.. Fuhh ! Nasib baik patung ! Kalau orang ??? Adehhh.. gugur anak mata terus !


Bila tengok cam ni , mesti rasa malu kan ? Bayangkan lelaki memandang dengan penuh nafsu ! Dan ada jugak 'lelaki jadian' memandang seperti nak dibuat bini no 3 ! Haaaa.. Acaner tu ??? Nasib baik la ni cuma patung ! Kalau ni gambar betul , maunya aku kena ceramah ! Bukan orang tu yang kena ceramah.. aku yang kena ! Kenapa ? Sebab mengaibkan si gadis di media sosial ! 

Hurmm.. 

Ramai sebenarnya aku nampak malam tadi pakai cam ni ! Tak larat nak geleng kepala. Akhirnya aku akur.. Memang beginilah akhir zaman. Menutup rambutnya dengan pelbagai jenis lilitan tetapi dibawahnya dibiarkan untuk tatapan umum.. er , lelaki !  Heehee.. 

Yelah.. yelah.. Ada yang kata , baik jaga keluarga aku ! Tak payah nak sibuk hal orang ! Persoalannya , kalau korang leh tolong jawabkan pada Allah nanti , kenapa aku tak 'tegur' korang melalui media sosial , aku delete post ni ! Ok ? 

Terus terang,. aku tak ghairah tengok perempuan pakai camni terutama wanita Islam. Aku jadi malu ! Kalau ada sanak saudara aku sendiri pakai aku sound terus ! Kesian kat ayah dan suami. Kena tanggung nanti kat akhirat.. Hurmm..

Seperkara lagi kena tau.. negara kita ni dah makin ramai pendatang. Malang ni , tak berbau ! Maka kalau boleh , elakkanlah .. Biarlah buruk di mata manusia lain , janji hati tenang ! Apa guna pakai gini tapi rimas dengan mata memandang ! Tu belum kena raba atau kena ngorat ! Bila berlaku , pandai lak jerit kata lelaki gatal dan miang ! Walhal sapa yang gatal ?

Kebebasan berpakaian ? Hehehehe.. Kalau anda Islam , maka... kena fikir dulu sebelum nak sound aku.. Kawan yang terbaik adalah kawan yang saling ingat mengingati walaupun saling tidak mengenali. Kawan yg benar benar terbaik adalah kawan yang menerima nasihat dari kawannya.. Utk kebaikan bersama.

Maaf yer.. sesekali aku kena 'tegur'.. makin bersepah lak spesis 'atas tutup bawah bogel' ni.. 


IKLAN

Save on great products with up to 50% discounts (based on selected items). Save time, save money ! Shop with us online at www.cosmoderm.com.my starting 24-31 December 2015

15 ulasan:

  1. Malunyaaa .. tapi terima kasih atas teguran. Sebagai peringatan xpayah pakai macam nii

    BalasPadam
  2. rasanya klau prmpuan pkai gini sbb fesyen atau sbb dia over confident dgn dia punya body shape. certain lelaki tak suka pon tengok

    BalasPadam
  3. tung la patung body lawo ekeke.
    but still hm sadly & unfortunately mmg ramai pakai ceni adoi.

    BalasPadam
  4. Julia skrg suka pakai skirt labuh longgar ke mana sahaja...lebih rasa yakin...aurat terjaga...petang semalam Allah nak tunjuk lepas mkn di kedai makan...pakai shawl labuh...tapi dari jauh nampak seluar dalam terkeluar di ats baju sbb bajunya ketat sgt...mengucap ju....nak tegur abb dia syok sembang...hmmmm jadi pengajaran juga

    BalasPadam
  5. Sebab tegur hal ni la putus sedara..hurmmm

    BalasPadam
  6. dulu2 memang pakai macm ni. alhamdulillah dah berubah .. rasa geli plak tgk huhu

    BalasPadam
  7. Along pernah ada sorang kawan... dia bertudung..molek je pada mulanya. Pakaian tu agak kureng jugak la... Tak lama lepas tu, dia terus FREE HAIR ... atas alasan KAWAN-KAWAN kata AKU LEBIH CANTIK kalau tak bertudung... Ek eh? Cantik tak cantik, mana lebih penting? Pada pandangan Allah atau manusia? Pernah juga SOUND dia... sekali lalu je lah... waktu tu dia tak nak dengar pun..... Sekarang tak tahu apa jadi dengan dia... dah lama lost contact....

    BalasPadam
  8. Alamak ingatkan apa..adtagfirullah..macamana tu Ben..harap ada yang sedar

    BalasPadam
  9. Nilah kononnya yang dinamakan fesyen...kalu ditegur dikatanya kubur masing2..semuga peniaga muslim kurangkan pjualan fesyen2 begini walaupun pmintaan yg tggi.

    BalasPadam
  10. Terbaik. Syabas. Tahniah Ben atas kesungguhan Ben memartabatkan Islam.

    BalasPadam
  11. Hahaaaaa...pastu pakai tudung gitu. Baju t, lengan paling pendek nampak ketiak. Harap ada dikalangan follower beben sentap dah berubah kearah kebaikkan.

    BalasPadam
  12. Pelik gak aku. Diorg ni x paham psl aurat ni. Atas pakai tudung bawah x " bertudung" sepenuhnya

    BalasPadam
  13. Thanks abg Ben. Sebenarnya bagus juga bila ada lelaki sendiri yang tegur. Bila perempuan yang tegur, nanti mula nak rasa "eh kau cermin sikit diri kau dulu". Tapi kalau laki yang tegur, rasa macam penampar hinggap di muka. Alhamdulillah bila makin dewasa ni rasa macam nak makin labuhkan & longgarkan apa yang patut. Sebab ada rasa malu.

    BalasPadam
  14. teguran terbaik.
    teguran membina.
    memang masih byk yg jahil bab berpakaian.
    kalau takde yg tegur, kejahilan tu akan berterusan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009