Azam 2016 !

by - Rabu, Disember 30, 2015

Heeee.. 2015 akan berakhir beberapa hari. Bila menjelang 2016 , umur aku pun mencecah 40 tahun. Walaupun aku kelihatan tidak seperti 40 tahun , aku tetap ingatkan hati aku yang aku dah pon berusia di angka tersebut.. Heheheheh.. 

Apakah azam aku pada tahun ni dah tercapai ? Hurmmm... Dalam dunia blog , alhamdulillah.. tercapai ! Walaupun tidaklah begitu mengujakan tetapi apa yang aku dapat tu , adalah lebih dari yang aku impikan ! . 

Contoh ? Paling best ialah aku adalah Duta Cosmoderm ! Apa yang menarik sangat jadi Duta ? Fuh.. kalau aku cerita , confirm korang cemburu punya ! Sebaiknya , aku simpan untuk diri  aku jer..Biarlah aku dan mereka saja yang tahu apa yang bestnya jadi Duta ni.. 

Selain tu ? Selain tu.. aku berjaya membuka banyak mata terutama mereka yang 'sayangkan' aku dalam diam. Pencapaian demi pencapaian aku melalui blog yang biasa biasa tu aku tu membuatkan ramai blogger bersemangat untuk mencapai seperti mana yang aku capai. InshaAllah. Aku teringin bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti MAS , AIR ASIA , SAMSUNG , SONY , MOTHERCARE , HONDA , TOYOTA , LG , MAYBANK , CIMB , MITSUBISHI dan banyak lagi ! Semua tu , aku tak sangka sama sekali.

Tapi sebenarnya semua tu tak membanggakan aku pun. Pencapaian aku sebenarnya , langsung belum ada ! Aku teringin sangat nak berada di situ ! Sehingga aku berkali kali mimpi melakukannya.. Sedih ! Aku terlalu jauh dari impian aku. Terlalu jauh sangat ! InshaAllah , di tahun 2016 ni .. aku perlu menghampirinya dan seterusnya mengubah segala galanya ! Yer, bila lagi ! Di usia 40 inilah aku perlu berubah ke arah yang lebih baik ! 

Dari sudut blog pula.. aku nak jadikan blog aku tu lebih versatile. Nak punya entri yang lebih mencabar dan adventures ! Yer , aku dah sediakan plan dalam kepala aku.. Dan dah pun luahkan pada pihak berkenaan untuk mereka menaja projek aku nanti. Mereka bersetuju cuma perlu perbincangan lebih lanjut..InshaAllah.. 

Cita cita aku di tahun 2016.. nak bawak keluarga tercinta aku ni , melancong bersama sama ! Huhuhuh.. Dah boleh kot ? Qhaliff dan Zahra dah pandai menikmati keindahan dunia.. InshaAllah ! Orang kata , melancong bersama keluarga lagi seronok , kan ? Sesekali... kan kan ? 

You May Also Like

4 comments

  1. blogger berjaya!

    *segan2 aje sy nk komen kat blogger yang berjaya ni ;-))

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Semoga impian abg ben tercapai..Chaiyok!!

    BalasPadam
  3. Semoga tercapai bro!!! Kipidap!!!

    Insyallah!!!

    Aku harap kita akan terus bekerjasama...

    Aku pun dpt gak naikkan percentage aku gak... :)

    BalasPadam