Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 Disember 2015

Baru real Jalan Jalan Cari Makan !

 

Ok.. aku masih di Pulau Pinang. Persoalan standard ialah KAT MANA TEMPAT MAKAN YANG BEST ? Maka ramailah berkongsi maklumat. Macam macam ada dan kebanyakkanya aku dah tau ! Boring !

Pulau Pinang ni bukanlah besar sangat ! Dah dah berusia 39 tahun tapi aku tak pernah lagi terokai negeri asal usul mak bapak aku ni ! Asyik asyik bila datang sini.. terus ke kampung halaman dia pastu gi ke rumah adik beradik ! Pastu balik KL .. Tu jer ! Boring , boring dan boring !

Kali ni.. bersama wife dan anak-anak , aku nak cari makan di tempat yang orang tak tau pon kewujudannya di Pulau Pinang tapi ianya adalah  kedai makan yang sedap pada penduduk setempat ! Hehehe..

Destinasi aku ialah.. Teluk Bahang – Balik Pulau ! Balik Pulau ni terletak di atas bukit ! Nak ke situ memang menarik ! Hahahaha. Kalau orang tak biasa , memang dia akan mabuk seperti mana aku dulu dulu. Hehehe.. Dulu respek kat bapak aku ! Camana la dia boleh memandu di tempat yang bengkang bengkok serta jalan raya yang sempit tu ??? Hebatttnyaaa.. ( bak kata Qhaliff )

image

Nekad beb ! Kalau tidak , sampai bila bila aku tak berani bergerak sendirian.. Huhuhu. Aku ada Waze ! Apa nak risau kan ?? Hehehehe..

Alhamdulillah.. Aku berjaya mengesan satu tempat yang cukup berpotensi untuk dimajukan dalam dunia maya ni ! Huhuh.. Dan mereka mempunyai produk yang sangat berkualiti malah mereka memang mengeksport ke negara negara Timur Tengah seperti UAE dan sebagainya.

image

Di sini ada jual coklat , kopi dan teh ! Dan semuanya sedap ! Huhuhu.. Nasib baik dalam poket cuma ada beberapa ringgit jer ! Hehehe.. Maka aku cuma sempat beli teh halia jer. InshaAllah akan kembali lagi.. Hehehhe..

Perjalanan diteruskan.Akhirnya sampai di Balik Pulau… Mencari restoran atau kedai tepi jalan. Kalau ada , leh buat review sekali.. hehehe..

Cari punya cari , akhirnya ternampak satu kedai makan ni. Terus parking kereta dan ..

image

Menu ? Fuh.. Berpeluh jap.. Dia kata kuih saja boleh capai 45 jenis kuih.. Huhuhu.. Dan wife memilih laksa , bihun sup dan pasembor.. Tu jer .. hehehe..

image image

image

Owner dia baik hati sungguh laaa.. Senyum jer dan mudah mesra ! Tanya je apa apa soalan , dia jawab  Borak punya borak , akhirnya aku tanya nama kedai tu.. Kedai Seringgit ! Heehehe.. Aku tersenyum.. Sedap sedap makanan kat sini. Ramai orang datang situ. Katanya memang dah tersohor di kawasan tu.. Tapi tak ramai orang luar yang tahu..

Lepas makan , terus balik ke hotel. Dah kul 5 lebih. Kul 6 petang , nak lepak pantai. Nasib baik aku nak balik dah.. kalau tak, mesti aku sambung pencarian aku .. cari makanan yang best best.. tapi tak ramai yang tahu ! Haaa.. 

Banyak tempat yang best di Pulau Pinang ni.. Sebaiknya kalau korang ke sini .. terokailah Pulau Pinang.. Mesti seronok punya.. Elakkan masuk  town.. hehehe..

5 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

wow nampak best

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

dekat ngan rumah adik SA ni...tunggu dia abih pantang nanti nak pi sana teroka Penang food...

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

sy nk pegi time cuti christmas nnt, melawak pak sedare...eheh...leh la jln2...sy suke penang

aeinna Musa berkata... [Reply to comment]

RINDU PULAU PINANG.HIHI

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

time cuti sekolah ni memang info macam ni berguna sangat:)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI