Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 4 Disember 2015

Bila rambut Qhaliff panjang..

 

“Panjangnya rambutt… “.

Automatik keluar dari mulut. Aku senyum jer .. Memang panjang pon rambut dia. Aku saja biarkan panjang gitu. Selagi belum bersekolah , aku memang suka tengok rambut dia gitu. Lagi pun dia tak nak gunting terutama di kedai. Dia nak aku gunting rambut dia.. Tu pun tak leh lama. Aku bukan pro pon.. mesti bertokak punya ! Hahahaha..

image

Tapi la kan.. kan … Aku sebenarnya pelik ! Kalau anak sendiri digunting beria sampai ada yang setengah botak atau jadi mangsa fesyen masakini tetapi bila nampak anak ‘mat salleh ‘ atau anak Korea ke .. terus automatik kata..

“ Ololololooo… cutenyaaa ! “.

Erk…

Dan semalam.. aku terperasan.. Qhaliff dok menonton Youtube seorang diri. Sesekali ketawa dan sengih. Aku pun jengok la… Dia tunjuk kat aku..

image

Gambar : Untuk pengetahuan , cahaya di skrin tuu dah direndahkan maka tak perlu beri komen mengenai pencahayaan skrin tu , yer.. hehehe..

 

Haa.. aku terkedu dan ketawa besar ! Hahahahaha.. Kenapa ??? Dia sedang menonton ‘dirinya’ ! Budak di dala gambar tu , sebijik macam dia. Dengan rambut dia.Muka cuma berbeza warna kulit dan kemancungan hidung.. Hahahahha.. Rambut tu mahal ! Sama lebih kurang gitu !

image

Kenapa bila tengok anak orang , kita nampak cute tapi tang anak sendiri .. Bagi aku la.. biarlah ! Mereka dilahirkan cute. Bila sampai masa , ikut je la prosedur dan undang undang yang dikenakan. Sementara tu , biarkan mereka dengan kekiutan mereka..

Sekurangnya budak budak ni tak perlu mekap tebal dan aplikasi beauty untuk tampak cute dan comel !

3 komen :

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

budak2 cantik dan cute semulajadi tanpa sebarang produk kecantikan.. ;)

Mas berkata... [Reply to comment]

Qhalif sebaya dengan Adam ank mas ..
memang rambut Adam pun panjang mcm Qhalif ... nmpk comeiii jerk gitu walaupun budak lelaki ..
tunggu sekolah nnti baru potong pendek ..
Salah satu faktor, Adam memang tk nak masuk kedai gunting rambut , agaknya takut bunyi mesin potong rambut tu ..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Asli...macam tu juga hati mereka...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI