Cadang Air Asia sediakan perkhidmatan bas ke KLIA2 !



Secara jujurnya , aku dah naik meluat dengan segala kenaikan kebelakangan ni yang bagi aku membebankan rakyat tapi 'mereka ' tetap kata ianya kenaikan yang ok ok jer ! Rakyat tetap mampu bayar punya ! Itu mereka punya pikiran ! Aku tak tau la mereka pikir camana.. 

Tambang ERL naik.. memang harganya dah diluar kemampuan. Ada kawan aku , terpaksa guna bas dah untuk ke pejabat setiap hari. Dan bas pulak dah tamat perkhidmatannya.. Rapid KL , kan ? Terpaksa guna Metro lak ? Aduh.. aku tak pahamm.. 

Aku sokong satu cadangan seorang pengguna tweet yang meminta  Datuk Tony sediakan bas pengantara khas Air Asia dari mana mana terminal atau di Kuala Lumpur ke KLIA2. Baru padan muka ERL.. 

Bila dah ok skit , apa kata keluarkan bas khas mereka sendiri.. Bersaing skit dengan Metro bas. Aku yakin bas yang disediakan oleh Air Asia jauh lebih bagus dari Metro punya ! Huhhhh... Pastu leh buat bas ekspress mereka sendiri ! Fuhhhhhh... makin kaya raya laaa Tony Fernandes nanti ! Caya cayaa... 

Dan dengarnya tol akan naik lagi kan ? Hurmm... Kalau Air Asia boleh buat highway sendiri , aku respek arrr ! Hahahaha .. Tapi , mana tau kan ? Segalanya tak mustahil.. Tapi kalau buat , jangan la mahal nooo...

5 ulasan:

  1. setuju ! kalau kerajaan pun otak nak buat duit. tak salah rakyat pun otak buat duit juga. harga ticket erl dah sama dengan harga flight air asia. tak munasabah betul . earmm

    BalasPadam
  2. Betul tu..kte setuju dengan cadangan tu..

    BalasPadam
  3. Memang rasa terbeban sangat sekarang nie Ben..

    BalasPadam
  4. Hidup dkt Malaysia ni menag boleh jatuh papa kedana

    BalasPadam
  5. kena buat sesuatu supaya rakyat tak terhimpit lagi dengan kos hidup yang makin tinggi....

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI