Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 14 Disember 2015

Gegar Vaganza 2015 : Suatu kemenangan !


Tahniah buat Siti Nordiana. Walaupun dah dijangka , namun aku tetap harapkan satu 'keajaiban' berlaku yang mana aku harapkan Ezad menang agar kemenangan ini akan membangkitkan semangat dia untuk kembali menyanyi dan seterusnya kembali menaikkan namanya. 

Tak dinafikan peserta lain pon hebat hebat belaka tapi Allah dah tentukan segalanya.. rezeki juara malam ni milik Nana seterusnya FarahDhiya.. Nasib baik dia bukan juara ! Entah kenapa , aku memang tak nak dia juara.. Maaf yer peminat FD. Bukan dia tak bagus tapi aku tak meminati dia. Hehehe.. Terus terang ni.. 

Ezad , Nassier Wahab , Acong , Haiza.. dah beri yang terbaik ! Tapi tak leh lawan Dato Seri Vida la.. Rata rata malam ni memang tepuk dahi melihat telatah penaja utama Gegar Vaganza 2015 ! Bagi aku , dia dah berjaya capai sasarannya ! Orang meluat ke , benci ke... dia kisah apa kan ? Semua ni adalah strategi perniagaannya. Bagi aku , kalau takde part 'mulut' dia tu , segalanya sempurna! Harap kurangkan part tu la selepas ni.. hehee.. 


Seperti yang aku kata tadi.. ramai yang menonton Gegar Vaganza peringkat akhir ni termasuklah artis yang sempat tweet mengenai rancangan ni yang mana dia menyatakan . hurmmm.. Malas nak sebut.. Aku harap tahun depan mak mertua dia akan sponsor lak Gegar Vaganza dan nak tengok iklan dia lak camana.. Apakah mampu lawan Qu Puteh ? Hehehhe.. 

Berjuta okeeeh nak taja rancangan ni ! Bukan sikit.. Huhhh.. !

4 komen :

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

setuju dgn en ben....

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

setipa produk ada car nak promosikan produk dia.Bagi Fida tak salah kot dato seri vida nak promosi produk dia..cuma kena kurangkan sikit la..bukan meluat ke apa..mestilah support perniagaan orang kita cuma kena kurang sikit bercakap..

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

nana mmg terbaik..tp xjangka FD tmpat kedua..rse mcm xbpe best pun suara dia..klau ezad or nassier wahab pun ok...huhuuhu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Hehehe ben nanti add ig Qu Puteh...lg banyak tang mulut tu hehhe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI