Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 Disember 2015

HARD ROCK HOTEL , Penang.

 

Banyak kali dah lalu tapi asal nak booking je penuh ! Bila kosong , aku lak takde duit.. heheh.. Bukan murah woo nak stay sini ! Kali aku duduk pun sebab orang taja.. Adik ipar yang taja.. Hehehe.. Rezeki jangan ditolak..

Ok.. Ini bukan pertama kali la aku duduk hotel banyak bintang. Banyak kali dah.. Dan majoritinya free la.. hehehe.. Segalanya sebab kerja.. Kalau nak bayar sendiri , rasanya lom mampu lagi la.. Terus terang ni ! Haaa.. * Hidup kena merendah diri.

Hard Rock Hotel Penang.. Ramai dah bercerita mengenai hotel ni. Setakat yang aku dengar , semuanya positif. Tu yang buat aku teringin benar nak stay sini dalam semalam dua.. Dan semalam ,  impian jadi kenyataan.. eheh..

image

Bila aku masuk ke ruang lobby , kakitangan hotel yang santai , menyambut aku dengan ramahnya ! Perghh.. senyuman tak lekang di bibir.. Walaupun aku berpakaian selekeh , mereka tetap anggap aku mcm orang kaya !

Aku terus ke bilik adik aku yang di bawah.. Bilik bawah ni paling best diantara bilik yang ada.. Sebabnya , bukak je pintu belakang.. terus terjun dalam kolam !

image

image

Cool kan ? Haaa.. Tak pe.. Aku dan adik beradik yang lain , bilik atas.. Nak mandi , meh kumpul sini ! Senang.. hahaha ..

Dan aku ke bilik aku..

image

Sampai je bilik aku.. aku bukak dan .. Ok ! Terus aku kata kat wife aku .. Ini barulah hotel ! Hehehehe.. Rujuk entri Ini baru ‘hotel’ ! 

Kagum sangat tu tak la.. Aku pernah duduk bilik yang lagi gempak dan canggih tapi bilik ni jadi lebih cool sebab permandangan di luar sana tu.. haaa..

image

image

image

image

image

image

Dan malam harinya..

image

image

Terus terang , aku berpuashati duduk di hotel ni dan bercadang nak kembali lagi tahun depan ! Kali ni nak duduk dengan lebih lama lagi. Ini kerana dari makan pagi hingga ke malam hari , hotel ni  senantiasa hidup dan meriah ! Santai giler hotel ni tapi tetap ada peraturan namun tidaklah membebankan pengunjung.. Keselamatan pon tip top !

Aku tak sempat nak pusing hotel ni. Sayang nak tinggalkan bilik ! Mahal tuuuuu.. bukan seringgit dua yer ! Sebab tu kalau duduk di hotel ni , jangan gatal nak keluar pagi balik malam.. melainkan ada yang derma duit ke dalam akaun korang.. hehe.. Tu cerita lain la yer..

Dan dengan ini , Hard Rock Hotel ni masuk ke dalam kalender untuk tahun depan..

3 komen :

Lyssa Faizureen berkata... [Reply to comment]

wohoo . lyssa dok penang pun , tak jelajah masuk hard rock lagi ... nnti nak pergi lah ;p

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

sama lah..Fida pun org Penang tapi tak p pun hotel ni..hujung bulan ni mungkin nak jejalan penang..dah lama tak p jejalan...

Amanda Suria berkata... [Reply to comment]

tak mampu la...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI