Hilang selera makan tiba-tiba !

by - Sabtu, Disember 05, 2015

 

Hidanngan yang lazat disajikan untuk kami , rakan rakan blogger setelah selesai majlis bersama NGO , Syria Care di Shah Alam tadi , tidak berselera aku ! Ini kerana teringatkan video yang ditayangkan sebelum tu yang mana menunjukkan nasib anak anak kecil di sana yang tidak cukup makan !

image

image

image

image

Aduhhh.. terbayang anak anak aku di rumah yang terlebih makan ! Apakah akan jadi pada mereka jika mereka di tempat anak anak Syria tu ? Hurmm..

Mengalir air mata tiba-tiba.. Si ayah menangis meratapi anaknya yang menjadi mangsa peperangan. Masih kecil.. tak tau apa apa dan mereka telah hadapi semua ini !

image

Gambar di atas.. Jamal Daqnu, anak yatim yang kehilangan sebelah matanya dan mengalami kecederaan parah selepas rumahnya menjadi sasaran serangan peluru berpandu. Perginya anak syurga ini seperti ayah dan abang-abangnya.

Anak ini merupakan anak kepada Hamdu, seorang Mujahidin yang telah syahid dan adik kepada Jamal dan Abdul Hamid. Keduanya syahid akibat pengeboman. Manakala ibunya cedera parah dan masih mendapatkan rawatan.

Persoalannya.. Apakah peranan kita ? Apa yang mampu kita buat ? Betul , selain berdoa .. apa kata kita hulurkan bantuan pada mereka ! Di sana sedang mengalami musim sejuk ! Bayangkan kalau kita yang kesejukan.. Camana ? Hurmm ..

image

image

image

Ini bukan soal agama , bangsa dan negara tetapi kemanusiaan ! Bayangkan jika ianya berlaku pada kita.. sapa yang akan membantu kita ?

Bantuan musim sejuk untuk Syria.

Musim sejuk sudahpun menjengukkan diri di Syria. Suhu sudah semakin rendah. Kesejukan semakin terasa. Tanpa alat pemanas dan makanan yang mencukupi adalah sangat-sangat sukar bagi mereka melalui musim ini.

Yang lebih dikhuatiri ialah kematian yang bisa menjemput mereka akibat kebuluran mahupun kesejukan yang melampau. Kami yakin anda prihatin terhadap nasib rakyat Syria! Ayuh, bersama-sama Syria Care, kita mampu memberi harapan bagi mereka untuk melalui hari-hari getir ini!

Hulurkan sumbangan anda melalui kami bagi penyediaan dan agihan pek-pek makanan dan tong-tong gas yang boleh digunakan untuk memasak dan juga memanaskan badan bagi mereka dalam musim sejuk kali ini.

Anda tidak perlu risau, sumbangkan berapa sahaja yang anda mampu walaupun RM1. Jom beramai-ramai membantu meringankan kesulitan mereka.

Sumbangan anda mampu mengukirkan senyuman di wajah lesu mereka! Sumbangan anda dapat membangkitkan semangat juang untuk terus hidup. “

image

Mesti ada tertanya kenapa kita sibuk sangat dengan Syria.. Cuba tanya diri sendiri dan selidik.. Ada tak PBB bantu mereka ? Sapa lagi nak bantu mereka ? Dan cuba baca sejarah sejarah bumi Syria.. InshaAllah… korang akan paham.. kenapa kita perlu bantu mereka..

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari ..

image

You May Also Like

12 comments

  1. kalau aku ada rasanya mnangis gak ni.
    saper bleh tahan kalau kanak2 jd mangsa.
    diorg belum puas lagi bermain.
    tapi syg..

    BalasPadam
  2. Sedihnya... Semoga merka kuat. Tolongsemampunya ...

    BalasPadam
  3. InsyaAllah.Melihat situasi getir di Syria,
    kawan pun berhajat untuk menderma.Kita tidak mampu berperang bersama mereka,tetapi kita ada senjata ampuh iaitu doa kpd Allah S.W.T.Itu ujian besar buat penduduk Syria.Penderitaan kanak2x Syria boleh juga kita menceritakan kpd anak2x kita pula.Pengajaran untuk anak2x kita adalah jgn biarkan mereka membazirkan makanan.Termasuk diri kita juga.
    Allah Akbar!!!

    BalasPadam
  4. memang tersentuh... as a mom sudah tentu mengakir air mata... thanks for review... leh sharing n ulur apa ang patut....

    BalasPadam
  5. Memang tersentuh tengok video dorang kat sane. Tak dpt bayangkan kalau kite kt tempat mereka.

    BalasPadam
  6. Well..Sesungguhnya kehidupan di tanah Malaysia ni memang lebih baik dari sana. Kat sini bising pasal barang naik harga, sana pula bertungkus lumus nak selamatkan nyawa. Dua dunia yang sangat jauh bezanya.

    BalasPadam
  7. sadisnya..

    berminat sgt nak join aktiviti camni.. moga direzkikan.. moga kbba terus maju dan beramal..

    BalasPadam