Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 Disember 2015

Hospital Pulau Pinang tak prihatin ?

 

Tujuan asal aku ke Pulau Pinang bersebab. Pertama , aku nak ziarah keluarga arwah pakcik aku. Aku tak sempat ziarah mereka ketika pakcik aku meninggal dunia baru baru ni. Dan kemudian makcik aku yakni kakak kepada pakcik aku juga pergi menemui Ilahi. Mereka adalah adik beradik sebelah mak aku. Wife tak dapat cuti sebab sebelum tu dia dah amik cuti.

Alhamdulillah , mereka memahami. Aku ke rumah sepupu aku. Dia pun baru je menjalani pembedahan jantung. Ada penyakit 3 serangkai. Hurmm..Kesian.. Dan di sana , kami berbual macam macam perkara dalam masa yang singkat. Antaranya , dia menasihati aku untuk menjaga kesihatan. Bila usia dah mencecah 40 tahun, sila buat check up. Jangan tunggu sakit baru nak g check..

Dan kami dijamu makanan yang dah lama aku tak rasa.. Original dari kampung punya.. Asal makan makanan bandar jer.. Payah nak dapat yang ori dan murah.

image

image

image

Dan roti kawin ! Fuhhh.

image

Semua sedap sedap tapi selera takde dan aku ‘gementar’.Maklumlah, sintom sintom yang dia sebut tu , aku ada.. Dan dia nasihatkan aku g buat check up..

Kemudian dia bercerita mengenai masalah di Hospital Pulau Pinang. Isterinya seorang jururawat di sana juga. Masalah yang dia alami macam macam… Dia juga dah dikategorikan OKU. Aku tanya dia , ada buat aduan rasmi ke ? Ada katanya dan ada dah diambil tindakan tetapi banyak lagi yang berlaku depan mata dia seperti parking khas OKU sering diambil mereka yang sempurna sifatnya tetapi pengawal buat tak tau .. haaa.. Dan banyak lagi !

Aku mintak dia dapatkan bukti selepas ini. Catatkan serta kalau boleh , biar ada gambar sekali.. Bagi pada aku dan aku akan upload di Facebook dan blog. Bukan apa , kadang kadang , bila dah keluar di media sosial ni , tindakan susulan tetiba jadi pantas ! Hurmm.. Aku bukan berniat nak menjatuhkan tetapi biar hospital hospital lain juga alert mengenai masalah masalah begini. Dan dia akan buat seperti mana aku pinta. InshaAllah.. Katanya , untuk kebaikan pesakit lain juga.. Hurmm.. Betul la tu kan ?

Dan aku mula jaga pemakanan aku. Selepas ni , makan sederhana jer.. Jangan melantak tak hengat ! Dah sakit , bukan sendiri je susah.. orang yang sayangkan kita pon turut terpalit sama..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI