Kelantan : Kerana sebuah senyuman...

Ok.. malam tadi , plan nak ke Wakaf Che Yeh. Kalau ke Kelantan , tak singgah sini .. memang tak lengkaplah perjalanan ! Wajib kena singgah.. Kenapa ? Murah sangat ke jualan barang di sini ? Best sangatkah ? Heheheh.. Hanya mereka yang pernah pergi saja tahu.. 

Tapi sebelum tu , singgah makan di restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Murah dan sedap. Kali ni tak pasti la sedap lagi ke tak ? Murah tu.. tak berani nak kata laa.. hehehe.. Yang pasti , jangan amik ikan ! Kalau amik ikan , jangan mimpi dah nak murah. Mana mana tempat , sama jer ! Nak murah lagi , gi tangkap ikan sendiri kat dalam laut tuuuu.. Er, murah la bagi aku kedai ni tapi bagi mak mertua aku.. mahal ! Maklumlah , orang lamaa... diorang ni berjimat cermat ! Duit jauh lebih banyak dari orang muda skang ni ! Huhuh...



Sewaktu aku datang , tempat ni mmg full house ! Terpaksa menanti tempat kosong untuk menjamu selera.. huhu.. Tapi berbaloi la gak menunggu .. Setakat order makanan biasa tu , kejap je sampai. Cuma ikan bakar je la kena tunggu lama skit.. Harap bersabar yer.. hehee...






Seperkara yang best kat sini .. camana ko punya banyak songeh , diorang cool jer ! Sabar jer mengambil order.. Senyum pasti ada .. Bila ada order yang lambat , maka kita pon takde la nak marah marah sebabnya pekerja mereka senantiasa tenang dan sabar jer melayan karenah pelanggan..

Best part... bil mesti genap. Sesen sesen tu kira halal je la.. Cam semalam , 151.50 jadi 150 jer.. Cer kedai mamak ? Huhuh.. 10 sen pon mintak gak !  Tapi tak semua mamak la kan.. Ececece.. Ada gak mamak marah aku nanti ! Rileks arr.. gua pon mamak gak ! 

Esok nak balik dah.. nak ikut jalan pantai. Ada rezeki , nak tidur semalam di Terengganu lak ! InshaAllah..

3 ulasan:

  1. Kedai makan ni memang best. Harga dia kira ok dah sebab makanan dia sodaaaap

    BalasPadam
  2. Nampak sedap je sotong goreng tepungnye..bkn mcm sesetengah kedai tu..dh jd cam cekodok goreng..bulat2 tepungnye kemain lg besar..jenuh nk sampai kt sotong yg alahai sedih nk gigit pon..

    BalasPadam
  3. baru je pi..org penuhh..padat huhu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.