Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Disember 2015

Oh , Najib dan Oh , Fazura..

 

Tengah boring ? Boleh gi tengok Fan Page Najib Tun Razak dan instagram MissFazura. Ketika ini mereka sedang dikerumuni oleh ‘peminat-peminat’ samada setia atau tak pernah setia.. hehehe..

Apa kes ? Seperti yang kita tau , kes Najib mestilah kes JANJI DAH DICAPATI ! Apa yang berlaku dalam sehari dua ni , sememangnya tak logik dek akal ! Tapi apa diorang kisah kan ? Diorang tau , lama kelamaan rakyat akan diam. Tunggu PRU je untuk melepaskan amarah ! Sementara tu , pendam dalam dalam.. dan lepaskan di media sosial ! Maka itulah yang terjadi !

image

Tengok ruangan komen. Boleh dikatakan setiap statusnya dihujani dengan komen copy paste ni ! Malah ada yang berjela jela panjangnya.. Aku mampu tersenyum jer… Apakah komen begini akan beri impak pada beliau ? Nehhh… Aku tak rasa dia baca pon..

Dan Fazura. Hurm.. Fazura oh Fazura.. Apa kes ni ? Instagramnya dipenuhi dengan KIMK ??? Apa tu KIMK ?? Hahaha.. Kalau orang tu kaki maki hamun , dia akan nampak apa yang dia nak nampak ! Jika orang tu hatinya suci dan bersih , mesti dia akan tertanya.. Apa tu KIMK ?? Kan ? Eh , aku tak kata Fazura kaki maki yer.. Aku tak kenal pon dia .. Cuma gitulah pandangan aku..

Setiap gambarnya , yang terkini hinggalah yang terdahulu dah dipenuhi dengan perkataan KIMK tu.. Ada yang bagitau , KIMK tu merujuk pada selebriti Hollywood.. Kim Kardashian. Bukannya satu makian . Aku tak nampak pon satu makian !

Paling tak best ialah.. Hurmm..Jangan libatkan pemakaian ! Kang kalau peminat attack cara awak berpakaian , naya awak.. Maaf , saya tak berminat nak amik tau cara berpakaian awak tapi bila orang tu berhijab , hormatilah. Cara awak berpakaian , biar Allah je la menilainya ! Sapa kita nak nilai kan ? Haaa..

Akhir kata .. hehehe.. Pikir je la sendiri ! Kita belum tentu hidup esok.. Sekurang-kurangnya , saya mintak maaf andai kata kata saya dalam entri ni ada yang mengguris hati Perdana Menteri yang disayangi ‘mereka’ dan Cik Fazura..

Kita ni cumalah manusia yang hina ! Tak perlu angkuh dan riak.. kan ?

4 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sekarang banyak guna short form la abg ben..PC langsung tak faham..

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Saya mula-mula baca pasal kes fazura & kimK semalam, tak paham..apa benda la kimK tu..rupanya Kim Kardashian..ayooo..artis2 ni cepat melatah yeak..padahal dorang artis kowt..very up 2 date katanya..why dont reply komen peminat yang komen tu & tanya apa maksud kimK tu..at least bertanya..tak jatuh spender pun kalau tanya..tak semestinya ko artis, semua pun ko tahu kan..

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

Sesungguhnya..Fida tak minat Fazura tu..Artis banyak yang bodoh sombong sekarang ni..

Reena Kamarudin berkata... [Reply to comment]

si fazura pun mintak maaf jelah. adoii

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI