Penipu di dunia maya !

 

Assalamualaikum bang ben. Kalau kita kena tipu dengan peniaga on9. Mcm mana ye nk dptkn duit kita balik ?

Boleh dikatakan setiap hari ada je pertanyaan untuk aku seolah olah aku ini punya agensi penyelesaian masalah ! Hahaha.. Tak pe , aku tak kisah pon. Mana boleh aku bantu , aku bantu.. Tak leh bantu , tak leh nak kata apa la kan. Aku pun ada kehidupan aku sendiri yang sibuk.

Menurut kawan ni , dia dan kawan kawan dia kena tipu. Beli jubah Gaza di Instagram. Dah buat pembayaran pon. Pastu peniaga tu SENYAP SUNYI terus… Mesej disekat. Instagramnya di blocked ! Eh .. kenapa gitu ?

Aku tak nak menuduh bukan bukan sebab aku pon tak kenal si pengadu. Maka aku suruh dia buat aduan ke KPDNKK terus. Buat aduan di sana dan inshaAllah akan mereka bantu selagi mana maklumat adalah sahih , tepat dan berguna. Ni ada yang buat aduan tapi apa apa maklumat pon takde.. camana tu ?

Seperkara lagi.. Bila nak membeli belah tu , pastikanlah dengan siapa anda membeli. Kena la tahu serba sedikit latar belakangnya. Jangan main sauk je shopping ! Bila dah tau kena tipu , baru laaa ada akai !

Hurm.. Zaman ni kan.. zaman rakyat mencontohi pemimpinnya! Tapi tak semua la.. yang dungu je akan ikut.. maksud aku , pemimpin yang senget !

8 ulasan:

  1. tapi ingatlah, akhirat x lari.

    BalasPadam
  2. saya tak tipuuuu . hehe alhamdulillah setakat ni tak pernah menipu and tk pernah ditipu brg

    BalasPadam
  3. Saya pernah kena tipu bro ben.. kes dalam siasatan polis komersil dan penguatkuasa kpdnk.. bila dah kena tipu better pergi buat report kena tipu..jangan lak pergi buat report salah masuk duit ke hapa...straight to the point lah kann..lepas report polis, pergi tribunal buka fail bayar RM5..dan ikut prosedurnya..Kena tunggu lama pun tak apa...janji pesalah kena tindakan...

    BalasPadam
  4. Serius...x suka jadi pengedar penipu...tak berkat hidup alir duit dlm diri dan pada si anak...DOSA

    BalasPadam
  5. Saya kurang suka beli melalui online. Lebih suka beli depan mata sendiri

    BalasPadam
  6. Pembeli ni pun satu... sblum beli skodeng la dulu apa yang patut, insta, fb, twitter dan blog penjual tu sampai khattam.... barulah buat bayaran. Taklah tercangak2 bila kena tipu.

    BalasPadam
  7. La....macam macam sekarang ni...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009