Piala Malaysia ke 33 ! Tahniah Selangor !

 

Impian menjadi kenyataan. Penyokong Selangor akhirnya bersorak kegembiraan.Sayangnya aku tak berkesempatan menonton kejayaan pasukan Selangor kali ni.. Er.. dulu pun tak jugak.. Heheheeh.. Aku tak suka berada di tempat ramai orang. Pening kepala ! '

Siaran langsung di tv pon tak layan gak. Kena layan anak anak. Entah malam ni masing masing buat perangai termasuk aku. Hurmm.. aku yang dah beberapa hari tak sedap badan , terasa mudah stress kebelakangan ni. Maka ,  nak tonton bola pon takde mood ! 

Ok ok.. tu bukan masalah korang . Game aku dapat tonton sekejap sekejap jer . Tampak Selangor control game dan Kedah seperti hilang punca. Apakah kerana faktor padang ? Hanya mereka saja yang tahu. Yang penting , Piala Malaysia yang ke 33 dah dalam tangan ! Tahniahh ! 

Persoalannya.. Isnin cuti atau kerjakah untuk seluruh ngeri Selangor ? Kalau cuti , aku  pon nak cuti gak ! Aku kan suri rumah yang tinggal di Sepang ! Takkan kena kerja gak ?? Hurmmmm.. Hiurmm.. Triple pay la gini ! 

3 ulasan:

  1. Kepada orang Selangor, selamat bercuti Isnin ini. Kepada pasukan Kedah, please don't cry, esok masih ada...

    BalasPadam
  2. Tak cukup stim tengok game bola malam tadi.
    Apa-apapun tahniah buat pasukan Selangor.. kerana anda semua, Negeri Selangor dapat cuti peristiwa.

    BalasPadam
  3. Tak perasan pulak padang semalam macam mana,dengar kata terok..anyway tahniah Selangor!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.