Qhaliff , belajar prank orang ?

" Goottt youuu ! "

Pertama kali aku dengar wife sampaikan pada aku ketika aku memandu pulang dari KLIA2 ke Cheras.Menurut wife , prank Qhaliff tu memang menjadi sangat la ! Wife lak nampak je berani tapi.. hurm.. Walaupun dah banyak kali alami peristiwa ganjil dalam hidupnya termasuk berjumpa dengan aku , tapi dia tetap dengan perangai dia gitu.. Berani tapi penakut ! 

Nak dijadikan cerita.. ketika wife dok mengemas rumah sementara menunggu Maghrib tiba .. pada hari dia nak menjemput aku di KLIA2 dari Perth.. tiba tiba Qhaliff bersuara ..

" Ibu.. Daddy kt atas...".
Huh.. Terkejut dia.. Terus ajak Qhaliff bersiap.Wife pasang lampu terang dlm rumah..
Qhaliff bersuara lagi..
" Got youuuuuuu... "
Kemudian dia ketawa berdekah dekah ! 
Wife tengok dia.. kecik besar kecik besar jer ! Huhuhuh.. 

Bila aku update di Facebook , ramai ingat aku yang ajar dia buat prank ni ! Walhal , ini kali pertama aku dengar tertutama dari mulut wife . Yang buat prank ni lak , anak aku ! Walaupun aku kaki prank tapi aku tak pernah la guna GOT YOU !  Omputeh la sangattt .. Hehehehe.. 

Tau dari mana dia belajar ?


Youtube laaa . mana lagi ! Tiap malam dia layan. Berdekah dia ketawa seorang diri ! Rupanya dia dok cipta idea dari situ.. Huhuhu..

Yup.. kena perhatikan dia.. Takut belajar menda ngarut ! Hurmmm...

5 ulasan:

  1. Uisssh...belajar dari youtube tu..tapi kena pantau gak ..takut dia tersalah belajar pulak..maklumlah sekarang ni byk org nak pesongkan akidah anak2 melayu melalui youtube

    BalasPadam
  2. but he is so cute! prank dia win kot... ibu takut tu... aduhai...

    BalasPadam
  3. Hahahaa .. lawak laa qhalif niih .. Mula mula masa baca kat fb ingtkan abg ben yg ajar dia >v<

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009