Sedih melihatnya..

 

Belikan Zahra stroller ni kat pasar malam Putrajaya semalam. Di rumah , tak sampai 10 minit dia tolak .. dah patah ! Hurmm..  Dan dia terus menolaknya. Rasa nak mengalir air mata tengok. Kesian kat dia.. Cekal je dia  terus bermain. Kalaulah malam masih muda , mau jugak aku lari ke Alamanda dan membelinya yang mahal punya !

image

Beli kat pasar malam.. Harga berbelas ringgit. Kualiti ? Tiada jaminan.. Aduhhh.. Mintak kurang pun tak dapat. Hurmm.. Tak la salahkan diorang jugak. Kadang kadang tapak meniaga dah mahal. Nak pergi ke situ pon dah mahal.. Terpaksa amik kira pelbagai kos. Aku memahami. Antara sebab beli pon nak sokong peniaga kecil kita..

Kehidupan sekarang ni , tak mudah dah ! Bayangkan nasib anak anak kita nanti ! Tu pun masih ada yang dungu dok angguk kata asalkan negara aman dah walhal dia sendiri tengah menderita . Hidup seperti hamba abdi yang tak bertuan. Bangun pagi , kerja.. hingga malam hari , kerja ! Dapat gaji bayar hutang.. bayar cukai .. Baki ? Pinjam balik duit…

Benar.. aku terasa seperti hamba abdi. Hari hari mau bayar cukai untuk teruskan kehidupan ! Apakah nasib anak cucu aku ? Sementara tunggu dunia berakhir , kita akan lalui begini setiap hari. Selagi tiada perubahan…

6 ulasan:

  1. Asalam Bro Ben..selalunya kita fikir dahulu kalau murah dan tempat mana nak beli, kadangkala yang mahal kualiti agak tahan..tu yang dikatakan menang membeli menang memakai.Bila baru beli terus rosak sentap juga..rasa nak marah pun ada tu..apapun tak apa ada rezeki beli yang kualiti

    BalasPadam
  2. Remuk dah stroller teddy bear zahra..hihi..

    BalasPadam
  3. alamak...'rapuhnya' stroller tu..

    BalasPadam
  4. aLAAA siannyE kat zAhra..

    tue la..kadang2 nak beli yang mahal tak mampu,

    tapi kalu beli yang murah macam nie pulak.huhuh..

    sabar la abang ben, kita yang sederhana nie boleh lagi, kalau rakyat yang susah tue macam mane la agaknye ye...

    bertabahlah wahai hati~

    BalasPadam
  5. alaaa....ciannya Zahra.
    sy pernah jugak kena camni.
    beli itik mainan kat pasar malam. dalam dia ada belon, siap blh bunyi2. bhgian luar dia jahit ngan kain. harga rm1 ke rm2 ntah lupa dah.
    sampai rumah nak keluarkan dari kereta, dah koyak dah. belum sempat bagi kat anak pun lagi. huhuu~ sedihh....
    tp yerla kan, barang murah. mana nak tahan lama.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009