Si abang yang lebih bijak !


Gi Alamanda , Putrajaya. Port biasa untuk membeli barang dapur. Walauun dikatakan di sini mahal , tapi kami ( aku ngan wife ) selesa di sini.. Parking mudah , orang pon tak ramai sangat. Kemudian anak anak pon dah hafal kawasan ni..

Disebabkan dah hafallah , di AEON , terbang RM100++ semata mata membeli permainan diorang. Segalanya bermula bila si abang berhenti bila ternampak Hulk yang sering dia nampak di Youtube ! Terus dia nak amik.. 

Bila si adik nampak si abang amik dia pon nak jugak ! Beria dia nak.. Si abang yang dengan si adik menangis nak , terus menyokong si adik ! Support sama adik.. 

" Daddy...." . Amboiiiii , amboiii.. 




Sokongan serampang dua mata sebenarnya ! Dia tau adik dia tak main Transformer tu.. Rasa rasa sapa yang main ? Yer !! Betul ! Bila aku belikan untuk Zahra , nanti dia yang akan dapat !! Zahra tu cuma hangat hangat tahi ayam jer ! Bukan nak sangat pon.. 

Dan segalanya menjadi kenyataan.. Sampai di Secret Recepi , terus dia mintak buka yang Zahra punya dan Zahra.. sibuk bermain dengan menda lain .. Hurmm.. 

Kebijaksanaan ni memang dah lama aku miliki.. nampak sangat turun kat dia ! Huhhhh..

4 ulasan:

  1. Yang untung siapa????...abang qhaliff juga...strategi mantop tu..

    BalasPadam
  2. qalif dan deal dah dgn Zahra kat umah..hahaha

    BalasPadam
  3. Ben...suami pernah nasihat dekat julia...ingat anak bila time dia ada...beri lah setakat apa yg kita mampu beri...kata padanya kita menabung untuk beli sesuatu...itu sebab sampai sekarang nak beli mainan pun ingat dia ada depan kita...esok esok Allah ambil kita tak tau kan amanah ni...hehhehe seronok diorang ye ayah dia belanja hehhe takpe rezeki Allah ganti balik sedekah pada anak2 ni bukan selalu ye dok

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009