Wajarkah tambang ERL dinaikkan ?

by - Rabu, Disember 02, 2015

 

image

“ Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.

Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/101405 “.

 

Dengan kenaikan gini , aku rasa ramai akan gunakan bas semula. Memang tak mampu dah naik ERL hari hari ! Kecuali amat amat terdesak. Aku sendiri pun yang g event guna public transport akan nilai semula .. baik aku naik kereta jer dari guna ‘menda alah’ tu ! Tu pun dengar cerita LRT pon bakal menyusul ! Kalau semua naik , aku rasa biar aku je la yang turun !

Hurm.. teringat zaman aku kerja di Putrajaya dulu. Tambang ERL yang sekarang ni pon dah beban.. nak naik bas , pon bukanlah cepat sampai rumah. Mau mau malam baru sampai , pastu esoknya nak kena kerja lagi ! Gile tak penat ??? Dah tu kehidupan aku nak dihabiskan dengan cara gitu je ? Adoiyai.. ERL la jadi penyelesaiannya. Tapi bila tambang naik.. nampak gaya ada yang makin hilang kestabilan minda.. huhu..

Aku tak sure gaji penjawat awam kontrak sekarang berapa. Kalau naik jugak , ada la lega tapi tahap kat lubang hidung la.. Ada baiknya cari kerja lain jer laaa.. Dengan kenaikkan sana sini , aku rasa .. hurmm. melainkan diorang duduk rumah bujang di area Putrajaya. Tu boleh la bernafas. Kalau macam aku dulu.. ulang alik Cheras – Putrajaya , memang confirm aku berenti kerja dan kerja pam minyak depan rumah jer ! Biar skit tapi tak maki hamun diorang yang berlagak bijak terutamanya pak menteri ! Tang vape , laju je sokong ! Tang ni ? Krik krik bunyinyaaa…

Cakap tak serupa bikin ! Naik sikit ok la .. ni sekali naik.. tu dia ! Ingat semua orang dapat derma ke dari negara Arab ??

You May Also Like

4 comments

  1. semua naik abg ben..mmg terasa betul...bila kita plak jenis mmg kaki travel plus g kerja naik public transport :(

    BalasPadam
  2. Bukan ERL saja..semua tren rasanya. Saya yang berulang satu stesen je pun masa dengar tambang baru buntang biji mata. Bukan naik sikit-sikit, lebih 100% naiknya. Konon nak jimat dah jadi tak jimat, plus penat pulak lagi menapak dan bersesak.

    BalasPadam
  3. Ben, nanti ada masa kongsikan juga bil klinik espeacially swasta, agak melampau gak juga harganya...hmmmm

    BalasPadam
  4. sedih semua nak naik. pengangkutan awam pun naik.

    BalasPadam