Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Januari 2015

Jom bantu mangsa banjir !

 

Tak mampu turun membantu mangsa banjir ? Tak per.. Jangan sedih dan sayu.. Ada cara lain ! Sekarang dah tiba masa untuk para sukarelawan membantu mangsa banjir membersihkan kawasan kawasan terlibat cumaaaa .. beberapa barang diperlukan ! Antaranya Water Jet dan Generator !

image

Aku terima mesej melalui Facebook meminta aku kongsikan bersama sama rakan pembaca di blog mahupun di FB .. Apa kata kita sama sama membantu. Tak perlu banyak.. Bagi sorang sedikit pon , inshaAllah akan jadi banyak dah ! Kan ?

MEDM memerlukan waterjet dan genset bagi tujuan OPS CUCI PANTAI TIMUR.

MEDM mensasarkan 10 set waterjet dan genset.
Jika anda ingin memberikannya dalam bentuk waterjet itu sendiri, boleh hubungi saya atau Puan
Mai Suharah Basaruddin

1 Set = RM1500 +/-
Target = 10 Set (RM15,000)

Sahabat yang sudi menghulurkan bantuan boleh PM saya / WA 0192135353 untuk no.acc bank.

Hulurkanlah ikut kemampuan. Sedikit kalau ramai insha Allah target untuk OPS CUCI akan tercapai.

Update Sumbangan Masuk:
1. RM500 - JMC SB
2. RM200 - Lyza Ahmaf
3. RM15 - Mai
4. RM200 - Mesbah Abdullah
5. RM100 - Hasma Bokhari
6. RM300 - Raja Azrina
7. RM200 – Rohama

JUMLAH TERKUMPUL: RM1515

Perlukan lagi RM13,485 ! ! ! !

 

JOM BANTU .. Hari ni hari mereka.. Kalau bukan kita saling membantu , sapa lagi akan bantu kita ? Kan ??

Tukar jadual tidur !

 

image

Tiap malam ! Hahahaa.. Confirm berperang sebelum tidur ! Wife akan tidurkan Zahra.. Aku dengan Qhaliff.. Qhaliff lak , sebelum tidur dia nak belajar dulu ngan aku.. Ok la kan ?

Cuma kesian kat wife je la.. Kena lak kalau esoknya kerja , mesti kena bangun seawal pagi untuk siapkan makan pakai anak anak.. Nasib baik la dalam cuti sekolah ni , aku kerap gi umah orang tua aku kat Cheras. Saja nak bawak Qhaliff bersosial dgn sepupu dia kat sana .. Dan leh belajar ngan diorang ..

Whatsapp medan penyebar fitnah ?

 

Banjir di Pantai Timur dan beberapa tempat di utara tanah air menyaksikan pelbagai mesej mesej di whatsapp berterbangan tanpa sempadan ! Wowww .. Ada yang bagus dan ada yang .. hurmm.. membuatkan ramai antara kita panik seketika ! Aku yakin ramai telah hubungi ahli keluarga terdekat untuk menyampaikan berita yang kononnya dia dapat dulu walhal mak ayah dah dapat sejam yang lalu ! Perghhh.. pantas giler !

Banjir satu hal.. dah abis berlalu banjir , mai pulak ribut taufan punya mesej ! Aku dapat gak mesej tu.. Perghhh.. 90% semenanjung Malaysia akan terlibat ! Perghhhh… Walaupun tak mustahil tapi kot yer pon , biarlah pihak berwajib yang keluarkan amaran ! Ni entah mana mana tah info .. pastu cakap Awani sahkan ! Tak pasal pasal Awani yang kena ! Hahahaha .. Siannn ..

image

Bila baca info tu , pastikan ada tarikh , sumber dan kemudian gi sahihkan di laman web mahupun facebook rasmi jabatan terbabit.. Bukan join sama sebarkan ! Adehyaiiiii .. Semak aihhhh ….

Sekarang ni , orang nak percaya pon dah susah bila dapat mesej melalui whatsapp .. kecuali ..

Yang.. aku nampak bf ko ngan awek mana tah tadi kat Alamanda.. Jalan berkepit wa cakap luuu !  Aku confirm tu bukan ko sbb dari belakang , badan dia slim siutt ! Ko gemuk kan ? “.

Dan ini makan dia ..

Yang .. yang berjalan ngan bf aku tu , mak dia laaa ! Adoiyai.. aku pun ada kat situ gak laaa .. Tu laa.. lain kali , sebelum nak mesej , bagi salam dulu.. Tanya la kat mana.. Khabar.. baru laa sebar fitnah.. Adoiyai.. “.

 

Maka , selepas ini .. sebelum nak sebarkan info, sila pastikan info itu tepat  dan bersumberkan yang sahih jer.. Jangan bagi kawan aku punya jiran kata , jiran dia punya kawan kerja jabatan tu yang cerita .. Dan kawan tu pon baca melalui internet je pon ! Hahahaha.. Pening laaaa !

Tiada lagi ‘torch light’ kesayangan !

 

Sehari selepas aku beli bateri Enegizer , dapat free torch light yang bercahayakan HID . alaaa.. yang lampu putih tu laaa .. Sempat dia jeling kat bateri tu dan aku dah tau apa dalam kepala dia..

Sampai rumah , dia mintak ! Sejak tu , dia tak berenggang dengan lampu suluh tu.. hinggalahhh satu pagi ..

image

Dia amik tool box dan serahkan kat aku..

“ Osaakkkkk.. “.

Aku tak dapat tangkap memula.. Pastu wife bagita yang torch light dah tak menyala.. Hurmm.. Aku pon try la belek.. Sah laa.. Rosak ! Menda murah.. Eh , menda free.. hurmm.. Sian pulak aku tengok muka dia.. Bersungguh suruh repair..

Aku selongkar almari.. Cari lampu suluh dan bagi dia .. Yang sama tapi lebih bersize dewasa.. Hehehe .. Dan nasib lampu suluh tu ? Hurmm..

image

Dijumpai di tangga.. Apakah dapat madu sepah di buang ???

image

Pun tidak ! Hehehehe… Lampu suluh tu dia tak minat ! Dia nak size kecik gak .. Hurm… nanti gi beli lagi la.. sian pulak dia .. Walaupun tak mintak , tapi tau la dia kalau dah sayangkan barang mainan dia ..

Teringat pulak Ultraman dia .. Entah mana hilang dah .. Adehhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI