Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 3 Januari 2015

Bila Remy Ishak jadi kegilaan wanita !

 

Tak pasal pasal , aku turut terlibat nak bergambar dengan dia walhal… aku tak pernah pon tengok lakonan dia .. drama mahupun filem ! Tapi setahu aku la , orang kata bagus lakonan dia .. Hehehhe.. Yang kata bagus tu , perempuan la kannnnn.. Apa pun , aku tak kisah la.. Aku ok jer.. hehehe ..

Dan , semalam di Istana Budaya .. selepas persembahan teater Tahajjud Cinta Sirah Rasulullah (S.A.W ) , aku pakat nak bergambar dengan dia .. semata mata nak jeleskan seorang rakan di Facebook yang amat teruja dengan dia ! Hahahaha .. Aku tau camana rasa keterujaan tuu .. Bukan la tahap terus nak wat pasangan hidup pon kannn .. Teruja ala ala gitu jer.. kan kan ?

Keluar je dari pintu depan tu , tengok si Remy dah ramai pakat bergambar dengan dia ! Ah , sudaahhh.. camana nak celah ni.. Seorang demi seorang tarik dia .. Hahaha.. Takkan aku nak tarik dia kan ? Auww.. kang kata aku gay lakk .. Eyeeewwwww.. Pleease laaa .. !

Akhirnya , aku dapat idea.. aku mintak rakan blogger , Fatin Bella untuk celah bergambar dan aku celah masuk selepas tuuu ! Hahahaha .. Bijak bijak..

Menjadi ! Amboiiii Remy… Awek laju je yerr.. Hahaha.. Tak la.. Dengan laki pon dia bergambar.. Dia sporting jer .. Cumaaa selepas bergambar bertiga dengan kami , dia pandang aku semacam jer ! Hahahaha.. Memang laaa.. Dah main celah gitu ! Nasib laaa kan ? Aku nak kasi jeles kawan jer pon.. Bukan nak masukkan dalam kitab sejarah hidup aku .. hahaha ..

image

Pueh hati aku bila aku dapat paste gambar ni kat komen dia di wallnya !  Jeng jeng jeng .. Tau apa dia balas ?

“ I don't want to talk to u Ben Ashaari... stress!!! I naaaaaaakkkkkk jugaaaaaakkkk “.

Pergh… seronok benar sakat orang ni kan ? Hahahaha ..

Er …. sebab drama di bawah ni ke ?

image

Hero lelaki silih berganti jadi kegilaan.. hahahah .. Adeh.. Jangan gila dah la yer..

Boleh bankrupt aku macam ni !

 

Kelajuan dan kecairan kredit internet aku , seiring ! Hahahahha .. Adoiyaiii … Masak la cam ni oiiiii ! Sehari , 1GB.. RM15 ! Kalau sebulan ada 30 hari ? Nasib baik sebulan takde 40 hari.. kalau ada ??? Aku dah confirm cari kerja part time .. jadi pam attendent ! Huhhhh..

image

Youtube ? Mana daatangggg… Qhaliff jarang nak usik hp aku ni sebab dia ada hp dia sendiri woiii !

Apa nak buat.. dah terpaksa ! Dah ini jalan yang aku guna untuk cari makan.. Suka atau tidak , aku kena telan jugak laaaa ! Huhuhuh.. Beginilah nasib , dirikuuuu yang .. er , tak la malang.. hehe.. Tak baik kata diri malang .. kan ? Kena doa baik baik ..

Celcom… Kalau ada nampak nombor 019345xxxx mesej untuk top up internet , sila maklumkan yang server awak down yer.. Tak larat saya dok top up kredit , pastu guna dok layan web Celcom jer.. Boleh yer ? “

Bila daddy keluar malam ..

 

Confirm dua dua ni payah nak tidur ! Nak kena tunggu balik atau hampir hampir balik , baru boleh tidur dua dua anak emas aku ni !

image

image

Seperkara yang aku tahu , Qhaliff suka belajar malam malam.. Atas kul 11 baru dia cari buku dan ajak membaca ! Ni aku takde rumah sebab ‘kerja ‘ , sah sah menunggu sampai balik ! Bayangkan kalau aku dapat invitation ke luar negara ( tak mustahil dah sekarang ! Hahaha ) ?? Acaner tuuu ? Haaa ..

Makin besar , makin dua dua manja ngan daddy.. Hurm.. Ibu tak leh manja lebih lebih.. nanti Zahra dapat adik sebelum waktunya ! Huhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI