Rabu, 7 Januari 2015

Bagaimana rangkaian Tadika ABS ini bermula?

 

Semuanya bermula pada tahun 2013, apabila seorang nenek usahawan tua, puan Ainon Mohd dibantu oleh seorang bekas pekerja korporat dan bekas usahawan yang tidak begitu berjaya dan beberapa anak muda memulakan sebuah syarikat, PTS HIR consulting. Matlamat asalnya untuk beri khidmat nasihat bisnes kepada orang ramai.

Seorang pengusaha 7 buah tadika yang sangat penat dan kurang motivasi selepas 12 tahun membangunkan bisnesnya pergi mendapatkan khidmat mereka untuk bisnes keduanya, modul sains kanak-kanak. Harapannya agar bisnes ini tidak menjadi seperti bisnes sebelumnya. Lambat berkembang dan sangat memenatkan. Pengusaha ini terdetik minta nasihat selepas membaca wall posting usahawan tua itu.

“Sebagai pembina bisnes, kita ini hanya bina bisnes itu. Untuk kerja rutin, kita ada staf yang kita hire untuk jalankan kerja-kerja kita. Hinggalah sampai satu masa, kita perlu hire seorang MBA untuk meneruskan bisnes pertama. Jadi kita boleh beralih ke bisnes kita kedua.” – Posting Facebook daripada Puan Ainon ini tergiang-giang di telinga pengusaha itu.

Dua orang strategist dihantar oleh Puan Ainon setelah pengusaha tersebut mengirimkan mesej mengadu tentang masalah yang dihadapinya. Seterusnya, dua hari sesi bisnes coaching diadakan termasuklah belajar tentang Business Model Canvas dan sistem Ghanimah. Penstrukturan semula telah dijalankan termasuk penurunan kuasa, perkenalan sistem Ghanimah dengan fokus bisnes yang lebih jelas.

Selepas pulang dari bercuti, pengusaha itu tergamam apabila tadikanya beroperasi lebih bagus tanpa kehadiran dia.

“Cara tadika itu dipersiapkan lebih baik dari saya handle sendiri!”

Pengusaha itu dijemput menyertai PTS HIR consulting (kini dikenali ABS consulting) untuk beri khidmat nasihat kepada pengusaha tadika yang lain. Tujuannya agar lebih banyak tadika dapat diuruskan dengan lebih baik dan berkembang maju dengan cara pengurusan ala korporat.

Hinggalah pada satu hari, pertemuan bersama beberapa pengusaha tadika lain mendedahkan banyak pengusaha dibebani dengan kerja-kerja rutin hingga mengabaikan tugas utama mereka. Isu tipikal yang mereka hadapi.

“Sekiranyalah kita boleh ambil burden pengurusan itu supaya tadika fokus buat marketing dan beri perkhidmatan terbaik & berkualiti untuk ibu bapa.” Puan Ainon tiba-tiba beri cadangan.

Semua terdiam. Tidak pernah dilakukan orang idea ini. Beberapa siri perbincangan berjalan yang akhirnya konsep pengurusan berpusat dan open partnership dilihat mampu mengambil alih beban pengusaha dan mengurangkan kos perbelanjaan tadika dengan berkongsi sumber.

“Kita buka tadika sendiri lah. Senang.”

“Tadika nama apa?”

“Tadika ABS lah! Tadika Ainon Business School?”

“Jadi modul di tadika ini mesti ada modul keusahawanan.” sambung Puan Ainon dengan yakin.

Dan semua mata tertumpu kepada seorang financial planner.

image

Kini, Modul Kelab ‘Araf, sebuah modul keusahawan lahir hasil inspirasi dari hartawan Abdul Rahman bin ‘Auf. B untuk diajarkan ilmu duit dan dunia bisnes kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun.

Nota: Pendaftaran Rangkaian Tadika ABS masih dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala hari Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebarang pertanyaan hubungi 011-3290 9393 atau 03-41012376 untuk maklumat lanjut.

Kedekut kedai makan itu ?

 

Ok.. aku berfikiran positif.. Kedainya terlalu laris hinggakan stok untuk belah malam , dah abis ! Tapi menuruf wife yang gi tapau nasi ayam tengahari tadi bagitau aku , kedainya lenggang.. Makan tengahari pon tak ramai pelanggan.. Siannya ..

Dan tadi , aku lak gi bungkus nasi ayam dan bihun sup.. Bihun sup untuk wife .. Nasi ayam untuk aku dan Qhaliff.. Terus terang , kedai tu diselamatkan dek kesedapan nasi ayamnya..

Kali ni aku nak cuba bihun supnya ..

image

“ Bang , cuba tengok berapa banyak bihun dia bagi .. “. Wife angkat sudunya yang berisi bihun.. Satu sudu jer bihunnya ! Harga , RM4.50 ! 

Mampu istigfar je la .. Sayangnya.. Masakan lauk nasi campur di sebelah tengahari , sedap .. Tapi kenapa tak ramai pelanggan  walhal situ dekat ngan kawasan perumahan dan rumah sewa pelajar !

Kedekutkah ? Aku tak rasa diorang ni kedekut tapi mungkin lebih pada tidak berpengalaman ! Takde sapa nak tegur kot ? Aku tegur ? Hurmm.. Mungkin.. satu hari nanti ! Kena duduk bual dengan bos dia .. InshaAllah. Thank You.

Bila Zahra kebosanan !

 

Aku pasang vcd pendidikan.. Terus Qhaliff lena depan tv ! Amboiii.. Adik dia lak layan tengok sambil gosok mata.. Tengok jam , dah kul 3 lebih..Patut laa.. Masa dua dua untuk tidur ..

Tapi Zahra tak nak tidur lagi.. Dia kacau abang dia. Beria sakat supaya abang dia bangkit dari tidurnya yang dah amat lena tu.. Hahaha.. sian tengok Qhaliff..

 

image

 

Setelah berusaha berkali kali.. abang dia tetap tak bangun , aku masukkan dalam buaian ! 5 minit jer buai.. dan lenaaaa .. hahahaa.. Dua dua dah selamat .. Tunggu malam karang lak.. dua dua sakat aku ! Hurmm..

Kad CIMB vs Kad Maybank !

 

Kad ATM Maybank aku dan juga dijadikan kad debit Visa. Dah pecah sejak tahun lepas !  Menariknya , setiap kali aku guna , tak pernah ada masalah tak boleh dibaca atau tak boleh digunakan , dengan lebih tepat lagi ! Maka aku tak perlu tukar selagi belum expired.  Baguskan ?

image

Kad Kredit CIMB Bank .. Untuk pengetahuan korang .. aku dah beberapa kali tukar kad kredit ni.. Gara-gara tak boleh baca ! Tak caya ? Boleh rujuk entri ni .. Bila kad kredit tak boleh guna ! Tahun 2013.. Dan kad ni , wife aku buat report penghujung tahun lepas .. setelah berminggu tak boleh guna !

Dan buat report untuk dapatkan kad baru ! Kena tunggu 14 hari bekerja koooooo ! Menariknya , kena bayar RM10 lagi haaa.. Kad rosak sebab jalur magnetik tak boleh baca , pengguna kena tanggung ! Kalau nak kata pengguna tak tau jaga , bandingkan dengan kad Maybank yang dah pecah tu.. malah dah bertahun tahun lamanya dalam dompet aku , tak de pulak masalah dengan jalur magnetik ???

image

Bandingkan kedua dua kad ini.. Yang atas , Maybank dan bawah CIMB . Maybank dah terkopek kopek koooo ! Tapi bila gi Aeon Alamanda , aku bagi kad ni .. selamba je cashier tu guna.. takde masalah kooo !

CIMB kad ? Aku kena doa kooooo .. Moga moga takde masalah ! Kang cashier ingat aku tak bayar atau kad dah kena sekat walhal , takde masalah sama sekali !

Hurm.. Takkan nak cari keuntungan cara gini gak kot ? Kot yer pun pengguna setia.. kasi free je laa ! Berapa ringgit sangat pon untuk satu kad ? Ni charge sampai RM10 lak tuuu.. Perghhh ..

Serius laa.. aku mmg menyampah giler dengan CIMB ! Tak hagak hagak aniaya pengguna .. Huhhhh…

Bila Bonus + Gaji dibayar awal !

 

Sedang aku beristirehat , wife memandang aku dengan penuh senyuman manis yang amat sangat ! Aku tengok jam.. 7.30 pagi ! Hurmm.. Takkan kot ?

Sekali dia datang.. ke arah aku ! Jeng jeng jeng ! Dia sua handphonenya.. Oh , aku dah salah paham rupanya ! Hehehe..

image

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI KEWANGAN II , DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH MENGENAI PEMBAYARAN AWAL IMBUHAN TAHUNAN 2014 ATAU BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM DAN BANTUAN KHAS KEPADA PESARA KERAJAAN

1. Dalam Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak 250 ringgit kepada pesara Kerajaan. Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulan Januari 2015.

2. Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju pembayaran Imbuhan Tahunan 2014 atau Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak 250 ringgit kepada pesara Kerajaan diawalkan pembayarannya pada 15 Januari 2015.

3. Kerajaan berharap pemberian ini dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 JANUARI 2015 “

 

Oooooo.. Apa lagi yang boleh buat perempuan senyum sampai ke telinga selain nampak akaun banknya kembali berisi dan paparan SALE di shopping mall ! Kan kan ?

image

Jika kita rasa kita ini malang ..

 

Aku baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur. Gi ziarah pakcik aku yang akan pulang ke Pulau Pinang , esok hari untuk rawatan lanjut di sana ..

Ikut perancangan , aku akan turut serta pulang ke sana tapi wife tak dapat cuti. Terpaksa cover kawan dia yang amik cuti sakit selama 2 hari. Tak pe la.. takde rezeki nak balik kampung. Lama dah plan nak balik Pulau Pinang.. Hurmm..

Di Hospital Kuala Lumpur tadi.. ikutkan tak boleh masuk tapi adik perempuan aku yang pandai pujuk pengawal bertugas , berjaya membawa aku ziarah pakcik aku untuk kali ke 3 dalam satu minggu. Heee.. Yang ni kes emergency.. Nak tak nak , aku kena gi jugak .

Sampai je wad dia di tempatkan , aku nampak dia dok sibuk bersembang dengan seorang lagi pesakit.Nampak mesra jer dan gembira. Er.. apakah dia dah redha dengan takdirnya ? Hurmm..

Aku bersalaman dengan mereka. Kawan pakcik aku tu , aku tengok dia dalam keadaan yg cukup tidak sempurna. Kaki , tangan , buah pinggang malah matanya dah buta sebelah.. sebelah lagi hampir buta juga..

Lebih menyedihkan lagi , dia sebatang kara . Ada anak , anak jarang datang lawat. Isterinya ? Dah bercerai.. Tapi di raut wajahnya , dia tidak langsung nampak seperti putus asa ! Malah gembira bercerita mengenai kehidupan ini.

Antara nasihatnya pada pakcik aku.. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayangkannya.. Hargailah.. Jangan sesekali sesali kehidupan ini dan juga apa yang telah menimpa dirinya. Segalanya adalah ujianNya.

image

Hurm.. dan pakcik aku juga akan dipotong kakinya jika tiada perubahan jua nanti ! Hurmm..

Oh ya.. pakcik tu , mengidap kencing manis dan pakcik aku tu , sakit saraf .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan ampuni segala dosa mereka ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI