Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 Januari 2015

Bila janggut aku mula beruban !

 

image

“ Alamak.. Beben dah beruban ! Tua dahhh .. “ .

Komen yang seringkali aku terima. Apakah aku patut malu ? Segan ? Atau patut rasa diri dah tua.. Patut geng je ngan ngan orang orang yang dah beruban gak ke ?? Er , satu level Prof Prof Diraja je la gitu eh ? Hahaha..

Apakah sebenarnya kelebihan beruban ni ? Jeng jeng jeng .. Sebelum tu .. ada satu mitos yang dah jarang dengar .. Orang tua-tua selalu memomokkan anak­-anak, "Setiap uban yang tumbuh di kepala ibu bapa ini disebabkan perbuatan jahat yang dilakukan oleh anak-anak." Kebenaran kata kata ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta saintifik.

Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).

Apa pun .. amik peringatan dari UBAN ..

Walau bagaimanapun, keadaan rambut beruban ini adalah hukum alam semula jadi yang berlaku pada setiap orang. Hakikatnya, uban adalah petanda usia sudah tua. Maksudnya perjalanan hidup manusia lebih separuh sudah berlalu. Uban juga menjadi peringatan daripada terus melakukan keburukan dan kelalaian. Sekurang-kurangnya, apabila tumbuhnya uban, anggaplah is sebagai "pakaian putih" dialam barzakh kelak – Dewan Kosmik 2008 “.

Yang tak beruban tu , jangan ingat muda lagi yer.. Ingat ingat , ajal maut tak tunggu tua .. hehehe ..

Sememangnya aku bukan kaki ‘game’ !

 

image

Aku beli untuk Qhaliff.. Saja nak tengok apa dia mampu buat dengan menda alah ni .. Yer , sama cam aku ! Pusing pi pusing mai.. pastu dia tak main dah ! Sah , memang anak aku !

Dulu , aku pernah beli PlayStation. Hari ni beli , lusa aku jual ! Hahahaha.. Sesungguhnya aku terfikir selepas tu. .Kalaulah setiap kali aku main , aku menang dan duit akan keluar dari tv atau pun keluar dari remote tu .. kan best ! Ni dah la kena beli cd dia.. masa pon terbuang gitu saja.. iskhh.. rugi rugi !

Kemudian handphone.. Game dalam tu , hanyalah untuk sekadar ‘ asal ada’ .. Leh la anak layan sesekali sekala bila tengah boring dalam kereta tu.. huhu..

Di komputer ? Dalam tahun 1999 tu , ada la.. Tu pun aku main sekejap jer.. Pastu giler dengan Mirc dan ICQ .. hahaha .. Sekarang ? Di Facebook ? Hahahaha .. Maaf laa.. Aku rela abiskan masa dengan update blog. Dapat gak duit ! Heheheh…

Anak dara yang mula ‘demand’ !

 

image

Hurm.. mentang mentang laaa anak perempuan ! Amboiii.. dalam perlahan lahan mula nak demand !

image

Apa kes ? Pagi semalam , aku cuba suap dia dengan makanan yang disediakan oleh wife ..Tau apa respond Zahra ? Dia elakkan muka dia dan pandang makanan tu ! Sebelum sebelum ni , dia nganga jer !

Aku cerita kat wife .. dia kata memang Zahra dah mula memilih makanan berbanding abang dia , seusia Zahra dulu.. Nampaknya benarlah kata orang .. anak perempuan ni cepat matang ! hurmmm ..

Aku tebalkan muka akhirnya !

 

“ Er… Nak pinjam duit boleh tak ? “ .

Kedua dua anak dara di bawah ni , terkedu kejap ! Mesti terfikir apahal aku nak pinjam duit kat student ni ? Hahahaha .. Aku pun nak test gak.. Hahaha.. Apakah sanggup nak bagi pinjam duit !

image

Fatin Bella dan Emas Putih

Tengok muka masing masing , macam cicak tertelan kapur ! Hahahaha.. Rileksss.. Bukan nak pinjam beribu pon.. Beratus pon tidak ! Berpuluh jauh sekali.. Nak pinjam RM5 jer pon ! Hehehe..

Apahal aku nak pinjam duit ? Ni gara gara nak gi tengok wayang ( Taken 3 )  tapi duit , kad ATM semua tertinggal di rumah ! Bawak dompet kosong jer ! Duit yang pinjam pun untuk bayar parking.. hehehe ..

Dan mereka pon beri la.. RM5… Alhamdulillah.. Touch N Go ada tapi sistem offline lak.. Adehh

Salak–Sepang dilanda banjir ?

 

Tiba-tiba mak aku call .. Dia tanya aku , kawasan tempat tinggal  aku banjirkah ? Erk , biar benar ? Tak tau apa apa aku ni ? Terus aku check whatsapp.. Ada mesej bergambar dari jiran jiran di dalam group !

image image

image

Hurmm… Dah berdekatan dengan rumah aku ni. Tak sangka lak air boleh naik kawasan ni .. Hurmm.. Harapnya takde yang serius .. Hurmm.. 

Di Pantai Timur ? Dengarnya Kuala Krai , Raub .. air naik ! Hurmm. Moga Allah lindungi kita semua ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI