Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 10 Januari 2015

“ Sikit sikit , balik Kelantan ! “

 

Teringat kata kata aku dulu pada seorang rakan blogger yang kerap balik kampungnya di Kelantan. Asal ada cuti lebih sehari dua , Kelantan la destinasinya ! Aku memang respek la.. Sesekali aku suka sakat dia ..

“Alaa.. tak yah balik laa.. Dah selalu balik.. Tak ke mana la kampung tu.. “.

Dan dia senyum jer.. Aku tau sangat orang Kelantan ni. Pantang cuti , mesti balik kampung ! Respek aar !! Bukan dekat Kelantan tu kalau dari KL .. Aku sendiri pon kalau memandu dari KL , memang akan makan sekurang-kurangnya 10 jam..Paling lama , 12 jam.. Kenapa lama sangat ? Aku suka berenti renti .. Bagi aku , perjalanan ke Kelantan , mendamaikan.. Cuma sikap pemandu je perlu aku berhati hati !

Dan sekarang.. Allah telah buka mata aku ! Tiada yang kekal di dunia ini walaupun kampung kelahiran kita ! Astagfirullah al a’zim .. Aku terlupa bahagian tu ..

Banjir baru baru ini telah ‘menghaibkan’ rumah tempat dia dan adik adiknya membesar ! Sesungguhnya , aku tidak sangka sama sekali ! Dan dia sangat beruntung kerana kerap pulang ke kampung halaman. Bayangkan jika dia pulang sesekali atau hanya pulang ketika raya jer.. Apakah perasaannya ? Hurmm..

image

Antara rumah yang menjadi mangsa banjir baru baru ini di Kelantan. Menurut rakan aku tu , rumahnya telah abis dihanyut air. Namun dia bersyukur ahli keluarganya semua selamat .. Alhamdulillah .

Nasihat.. kalau teringat orang tua tu , jangan tunggu ‘free time’ baru nak lawat atau ziarah. Telefonlah sekerap mungkin jika payah nak dapat cuti.. Jangan biarkan mereka kesepian..

Bakat terpendam Qhaliff ?

 

Hahaha.. Yeke bakat terpendam ? Sememangnya anak kecil kita berusaha meniru apa yang orang tua dia buat.. kan ? Maka sekarang dia sedang meniru apa ibu dia buat di dapur !

image

Memotong sayuran dan memasak .. Yer ler.. Itu yang ibu dia sering buat di rumah. Dan ayahnya ? Hurmm.. Ayahnya menaip ler .. Apa lagi kan ? Sememangnya itu yang dia ikut jugak..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI